OLEH FAIZ FADZIL
Kenyataan Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Aziz bahawa skandal rasuah
dan pembaziran yang berlaku hari ini adalah kesakitan lama seolah-olah
satu tindakan melindungi rasuah dan pembaziran berbilion ringgit yang
sedang dilakukan oleh pentadbiran negara hari ini pimpinan kleptokrat
global Datuk Seri Najib Razak.
Negara hari ini berhadapan krisis korupsi global yang amat kritikal
bilamana skandal 1MDB menjadi subjek siasatan autoriti beberapa buah
negara sehinggakan DOJ Amerika Syarikat mendedahkan Perdana Menteri
adalah MO1 yang telah mencuri RM2.6 bilion.
Di samping itu, pendedahan SPRM bahawa terdapat 63 penjawat awam yang
dituduh untuk tempoh 2016 hingga Februari tahun ini adalah satu angka
yang besar dan begitu membimbangkan, apatah lagi lebih 60 peratus kes
rasuah melibatkan pegawai muda bawah 40 tahun.
Tangkapan pegawai kanan Kerajaan termasuk dalam kes pegawai di
Jabatan Air Sabah, Kementerian Belia dan Sukan dan EXCO Johor yang
melibatkan rampasan jutaan ringgit wang tunai dan barangan mewah
menunjukkan gejala rasuah adalah penyakit negara yang sudah membarah.
Persepsi rasuah negara
Indeks persepsi rasuah negara yang merosot dari tangga 54 ke 55 yang
dikeluarkan oleh Transparency International amat memalukan negara.
Jenayah rasuah yang dilakukan oleh pemimpin negara dan penjawat awam
hari ini tidak boleh lagi dibiarkan dan rakyat harus bersatu melawan
gejala ini daripada terus menghancurkan negara.
Kemajuan negara dan pembangunan insan tidak akan tercapai jika negara
dicemari dengan gejala rasuah kerana integriti adalah teras sesuatu
kejayaan.
Nik Abduh tidak seharusnya terus membutakan mata dan memekakkan
telinga dengan kes-kes rasuah terutama yang melibatkan Perdana Menteri.
Kenyataan beliau tersebut dilihat senada dengan saranan Perdana
Menteri yang mahukan siasatan skandal Forex dijalankan sedangkan
siasatan skandal 1MDB yang melibatkan perdana menteri terus dilindungi
sehinggakan tidak dibenarkan untuk dibahaskan di Parlimen.
Nik Abduh tidak seharusnya terus menjadi tongkat kepada perdana
menteri yang kepimpinannya semakin tempang akibat rasuah dan pembaziran.
Justeru, agenda 'Tumbang Najib PRU14'(TN 14) adalah perjuangan paling
utama bagi menyelamatkan negara.
FAIZ FADZIL ialah timbalan ketua pemuda AMANAH.
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan