PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) mengingatkan orang ramai
supaya tidak terpedaya dengan penipuan SMS yang didakwa dari bank pusat.
Dalam notis hari ini, BNM berkata ia sedar mesej tersebut mengarahkan
pelanggan akses satu laman web yangmeminta maklumat peribadi mereka.
“Adalah dimaklumkan BNM tidak menghantar sebarang SMS dari 15888
(atau mana-mana pembekal perkhidmatan yang lain) yang mengatakan ‘Caj
RM0.50 BNM, Bank memberikan 3% Subsidi. http://www.mybnm.net/ ‘.
“Pautan ini menghubungkan satu laman web palsu yang meminta anda
untuk mengemaskini / mengesahkan identiti anda atau kelayakan perbankan
anda.”
BNM menasihatkan orang ramai untuk mengabaikan sebarang mesej yang
boleh menyebabkan mereka menjadi mangsa sindiket penipuan ini.
“BNM tidak akan meminta maklumat peribadi atau penjelasan melalui
SMS, panggilan telefon, e-mel, media sosial atau mana-mana aplikasi
mesej,” katanya.
Orang ramai boleh menghubungi BNMTELELINK di 1300-88-5465 atau e-mel bnmtelelink@bnm.gov.my untuk melaporkan atau bertanya mengenai SMS atau e-mel yang mencurigakan berkaitan BNM.
Berhati-hati dengan SMS palsu guna nama Bank Negara
Written By Wadah Baru on Sabtu, 6 Mei 2017 | 2:53 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan