Home » , » Gaji rendah punca kakitangan awam terima rasuah, kata Ceupacs

Gaji rendah punca kakitangan awam terima rasuah, kata Ceupacs

Written By Wadah Baru on Selasa, 2 Mei 2017 | 2:00 PTG

Gaji rendah dalam kalangan penjawat awam menjadi punca mereka terlibat rasuah dan salah guna kuasa, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda.

Justeru, menurut beliau, gaji penjawat awam perlu seiring dengan kenaikan kos sara hidup bagi mengelak kebergantungan kepada sumber lain.

“Ceupacs berharap pendekatan gaji perlu mengikut Indeks Harga Barang atau Indeks Harga Pengguna supaya kemampanan itu ada kepada penjawat awam.

“Akhirnya apabila sudah ada kemampanan dari segi sumber kewangan, mungkin isu-isu integriti ini dapat dihalang dan dapat dihindarkan.

“Jadi mereka tidak lagi bergantung kepada sumber yang lain. Kalau gaji mereka cukup, maka gaji yang akan menjadi sesuatu yang amat penting kepada mereka,” katanya.

Selain itu Azih berkata, isu gaji rendah turut berkait dengan kadar keberhutangan yang serius membabitkan lebih puluhan ribu penjawat awam seluruh negara.

“Jadi sebab itu kami minta supaya penyelesaian yang tuntas untuk mereka ini tanpa memberi kesan kepada mereka yang berkenaan,” katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger