Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad menyifatkan Pas meletakkan 
calon bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) hanya untuk 
menonjolkan parti semata-mata.
"Pas bertanding sekadar mahu pacak bendera. 80 kerusi kami (Pas) punya. Menang tak menang lain cerita. Itu tak penting bagi Pas.
"Kalau menang pun dia (Pas) nak jadi 'king maker'. Ini semua celaru,"
 tegasnya ketika diminta mengulas situasi terkini Pas pasca muktamar dan
 hubungan parti itu dengan Pakatan Harapan menjelang PRU14.
Beliau berkata, pertembungan tiga penjuru kemungkinan besar berlaku ekoran kepincangan pendekatan pemimpin Pas itu.
"Kita syorkan rakyat sama ada hanya memilih sama ada Pakatan Harapan 
atau BN kerana Pas sekarang masuk bertanding hanya mahu jadi 'king 
maker' untuk BN bukan untuk Pakatan Harapan.
"(Pas) tak nak dengan DAP, Amanah dan Bersatu. Dengan Umno tidak pula
 Pas begitu," ujarnya ketika ditemui Malaysia Dateline di Pesta Buku 
Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) semalam.
Sehubungan itu, Ahli Parlimen Shah Alam itu berpendapat hasrat pihak 
tertentu masih mahu melihat Pas dapat bekerjasama dengan semua parti 
pembangkang menjelang PRU14 perlu dihentikan.
"Pendirian politik Pas masih lagi dalam keadaan agak bercelaru dari sudut pemikiran dan pendekatan politik.
"Nak putuskan hubungan dengan PKR tetapi nampak teragak-agak. Muktamar sudah lulus tapi rujuk kembali pada Majlis Syura.
"Apa yang jelas, kita tidak boleh mengharapkan Pas bersama dalam 
Pakatan Harapan. Kalau dia (Pas) mahu pun (kerjasama), dia hanya nak 
dengan PKR. Dengan DAP, Bersatu apa lagi Amanah dia tak mahu.
"Kalau (wujud) kerjasama (Pas dan Pakatan Harapan) pun, ia bukan satu kerjasama yang mantap dan jujur," tegasnya.
Sebelum itu beliau yang menulis buku 'Berani Berprinsip' berada di reruai ILHAM Books dalam sesi bertemu penulis. 
 
Mengulas
 lanjut, Khalid menyifatkan rakyat yang mahukan perubahan yang lebih 
baik selepas PRU14 tidak harus menaruh hasrat tersebut dengan terus 
memberi sokongan kepada Pas.
"Lihat saja sikap Pas tentang hubungan politiknya dengan PKR. Tapi 
boleh pula ada yang keluarkan kenyataan kononnya kalau putus hubungan 
pun di Selangor, Exco (Pas) tidak perlu letak jawatan.
"Jadi, bagaimana nak cerai tapi masih hidup bersama?" bidasnya sambil
 menganggap muktamar Pas baru-baru ini seolah-olah meletakkan status 
lebih rendah berbanding Majlis Syura.
"Keputusan dalam muktamar sepatutnya adalah tertinggi tetapi dalam 
usul, mereka sudah sebut keputusan muktamad di pihak Majlis Syura.
"Inilah sikap dan pendirian yang bercelaru. Nak putus (hubungan 
dengan PKR) tapi tak putus, nak cerai tapi tidak mahu berpisah," tegas 
Khalid lagi.
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
 



 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 ulasan:
Catat Ulasan