PETALING JAYA:
PKR Kelantan hari ini berkata, semua lantikan politik oleh kerajaan
negeri pimpinan PAS akan dikekalkan, walaupun parti Islam itu memutuskan
kerjasama politik dengan parti reformasi berkenaan sejak Mei lalu.
Pengerusinya, Ab Aziz Ab Kadir berkata, pengekalan lantikan politik
itu susulan kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob yang
kerajaan negeri masih memerlukan kerjasama PKR dalam pentadbiran mereka.
Aziz berkata, beliau juga kekal sebagai pengerusi PKR Kelantan dan 2
perkara itu sudah dimaklumkan kepada Biro Politik Pusat menerusi
mesyuarat semalam.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada presiden PKR dan Biro Politik
Pusat yang memberi kepercayaan kepada saya untuk terus memimpin PKR
Kelantan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Media sebelum ini melaporkan 56 ahli PKR lantikan politik dalam
kerajaan Kelantan menunggu keputusan rasmi daripada PKR Pusat, selepas
parti itu menangguhkan pelaksanaan arahan Presidennya, Datuk Seri Dr Wan
Azizah Wan Ismail.
Baru-baru ini, Ketua Penerangan PKR Kelantan, Mohammad Azihan Che
Seman dilaporkan berkata, 7 ahli majlis daerah daripada parti itu
meletak jawatan.
Bagaimanapun, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menafikan laporan itu.
Aziz berkata, beliau bersama PKR negeri terus komited memperkukuh
kedudukan parti itu di Kelantan, khususnya dalam menghadapi pilihan raya
umum ke-14 (PRU14).
PKR: Lantikan politik di Kelantan dikekalkan
Written By Wadah Baru on Khamis, 17 Ogos 2017 | 8:44 PG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan