PETALING JAYA: Datuk Zaid Ibrahim menyeru umat Islam membebaskan
pemikiran mereka daripada dibelenggu agamawan yang sempit, sambil
menyelar usaha pihak tertentu untuk terus berdamping dengan PAS yang
disifatkannya dalang perpecahan di kalangan umat Islam di negara ini.
“Saya sedia maklum mengenai pemimpin pembangkang Melayu yang
bercita-cita tinggi dan cuba melamar PAS, kerana ingin kekal berkuasa.
Mereka sanggup tidur sekatil dengan pihak yang menyebabkan kekeliruan
dan perpecahan di kalangan Melayu sejak 35 tahun lalu,” kata bekas
menteri itu dalam penulisan blognya hari ini.
Beliau bagaimanapun tidak menamakan pihak yang dimaksudkannya.
Zaid menyeru umat Islam menyokong Amanah dalam usaha untuk “memerangi PAS habis-habisan”.
“Amanah perlu memberikan harapan kepada jutaan umat Islam bahawa
Islam boleh kekal relevant dan menawarkan kepimpinan bersifat penyayang
di negara ini,” katanya.
Amanah ditubuhkan 2 tahun lalu oleh sekumpulan pemimpin PAS yang
tidak senang dengan perubahan dialami pucuk pimpinan parti yang
konservatif dan dilihat lebih mesra Umno.
Tak peduli rakyat bawahan
Zaid berkata pemimpin umat Islam di Malaysia terlalu asyik dengan
soal hukum dalam berdepan pelbagai masalah sosial, dan tidak berminat
mencari punca sebenar gejala seperti sumbang muhrim dan kandungan luar
nikah di kalangan penganut.
Menurutnya, reaksi pemimpin Islam dalam isu penamaan anak luar nikah
baru-baru ini menunjukkan mereka tidak peduli realiti kehidupan susah
yang terpaksa dilalui mereka yang terlibat.
Zaid merujuk bantahan beberapa agamawan termasuk pemimpin Umno
terhadap penghakiman Mahkamah Rayuan baru-baru ini, yang mempersoalkan
amalan membinkan bayi Islam yang dilahirkan luar nikah dengan
“Abdullah”.
Khutbah Jumaat di Selangor minggu lalu, misalnya, menggesa umat Islam
mematuhi fatwa yang melarang anak luar nikah daripada dibinkan dengan
nama bapa kandungnya.
Zaid berkata ia mencerminkan sikap tidak bertanggungjawab golongan agamawan.
“Tanpa nama bapa yang sebenar, seseorang itu tidak tahu asal usulnya,
bermakna mereka mungkin tersilap berkahwin dengan saudara sendiri.
Siapa yang patut dipersalahkan di atas kelakuan sumbang muhrin yang
tidak disengajakan itu? Apakah mereka sudah fikir mendalam mengenai
fatwa itu?
Apakah mereka ambil kira kesan fatwa itu terhadap kehidupan
orang?” soal Zaid.
Menurutnya, ia menyerlahkan betapa pemimpin Islam negara ini tidak
mahu mengambil peduli masalah dihadapi rakyat, sebaliknya lebih berminat
berbincang soal teori dan membelanjakan dana Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (Jakim) untuk menghadiri pelbagai forum.
“Mereka membelanjakan dana Jakim untuk forum dan perbicangan meja
bulat. Tetapi pertemuan sebegitu hanya untuk memutuskan kaedah hukuman
ke atas orang yang dituduh berdosa.
“Tetapi adakah bantuan diberikan kepada mereka yang tersiksa? Tidak. Mengapa?” soal Zaid dalam penulisan blognya.
Zaid berkata pemimpin Islam gemar mengeluarkan pelbagai fatwa kerana
ia sesuatu yang mudah, sebaliknya mencari punca sebenar sesuatu masalah
tidak menjadi keutamaan.
“Mereka hanya mahu tampak berkuasa dan pandai, dan juga menarik undi,
sekiranya pengundi menganggap mereka dekat dengan Tuhan. Mereka enggan
mengakui kepada dunia yang umat Islam berdepan masalah dadah yang
serius. Mereka tidak mahu mengakui ramai penganut Islam mengamalkan seks
rambang. Mereka tidak mahu memberitahu umat Islam mengenai sistem
akhlak universal yang perlu dipatuhi manusia, sebaliknya mengenai
pemahaman sempit mereka berkenaan Islam.
“Mereka seperti Taliban yang memandu kereta mewah,” katanya.
Zaid selar pemimpin pembangkang masih rindui PAS
Written By Wadah Baru on Khamis, 17 Ogos 2017 | 8:40 PG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan