Home » , » ' Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua',...

' Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua',...

Written By Wadah Baru on Rabu, 16 Ogos 2017 | 3:51 PTG

Oleh Mazlan Aliman

Ada orang kata ke saya, ' puas hati le, Isa Samad dah kena tangkap SPRM'. Seolah2 saya ada masalah peribadi dan dendam dgn beliau. Saya memperjuangkan isu Felda sejak tahun 1987 lagi. Isa Samad masih Menteri Besar Negeri Sembilan.

Bila YAB Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak melantik Isa sebagai Pengerusi Felda pada 1 Jan 2011, saya cukup marah dan amat terkilan.

Sewaktu beliau jadi Menteri Besar Negeri Sembilan, Felda Sendayan dan Labu Johnson tergadai. Beliau juga didapati bersalah dengan amalan politik wang pemilihan UMNO.

Bagaimana rekod Isa yang begitu buruk, menjadi pilihan DS Najib. Saya mengambil inisiatif melalui kenyataan media, menyerah memorandum ke Pejabat YAB PM, mengadakan siri2 himpunan dan lain2, menentang perlantikan Isa.

Saya selalu mengambil contoh, ' bagaimana seorang perompak di amanahkan jaga bank'.

Acap kali saya mengatakan, perlantikan Isa Samad suatu kesilapan besar YAB PM. Selama beberapa tahun Isa buat onar. Awal2 lagi dah bergaduh dengan Hj Samsudin Othman, Ketua Peneroka Felda, menyingkirkan Pengarah Besar Felda, Dato' Dzulkifli Abd Wahab dan beberapa orang pegawai kanan Felda.

Isa terlibat bagaimana mencaturkan pengurusan tertinggi Felda dengan menaikkan Dato' Faizoull Ahmad, sebagai Pengarah Besar Felda dan pegawai kanan lain bagi melengkapkan penguasaan beliau di Felda.

Saya bertembung dengan beliau dalam isu Koperasi Permodalan Felda(KPF) hingga kepada berakhirnya penguasaan KPF dalam Felda Holding, apabila ekuiti 51 peratus berpindah milik kepada FGV.

Saya dan rakan2 ANAK di sekat berceramah dan bertemu peneroka di Felda hingga ada pekeliling, banner yang memfitnah dan memaki hamun saya.

Saya di tahan dan di lokap atas insiden memasuki Felda Lembah Klau dan dikasari sewaktu Kembara Oren.

Amarah saya dan rakan2 terhadap Isa Samad hanya satu. Beliau adalah balaci DS Najib yang menjadi sebab utama malapetaka dan tragedi hitam di Felda.

ANAK adalah kelompok minoriti yang menentang Isa Samad, manakala gerombolan besar mempertahankan Isa.

Hinggalah, mutakhir ini krisis demi krisis, skandal dan kegagalan FGV, baru ramai yang percaya, Isa perosak Felda.

Saya tiada dendam dengan Isa. Jika Bibi Sharliza, menangis dengan penahanan Isa Samad, 30 tahun lamanya saya menangis,

mengenangkan nasib peneroka Felda yang ditindas dan dizalimi!
Adakah saya puas hati Isa di tahan SPRM?

Apalah maknanya beliau ditahan, yang belum tentu disabitkan; tika airmata peneroka masih berlinangan, mengenangkan nasib diri, keluarga dan masa depan.
Kata pepatah, ' ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua',...
Moga ianya menjadi iktibar buat kita...

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger