Home » , » Ketua Penerangan UMNO Cheras dituduh pecah amanah

Ketua Penerangan UMNO Cheras dituduh pecah amanah

Written By Wadah Baru on Rabu, 23 Mac 2016 | 2:09 PTG

PETALING JAYA: Ketua Penerangan UMNO Cheras, Zamri Redzuan, didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas tuduhan melakukan pecah amanah ke atas cek berjumlah RM4,350.

Berita Harian Online melaporkan, Zamri, 50, yang melakukan perkara itu dua tahun lalu, bagaimanapun tidak mengaku salah dan mohon dibicarakan sebaik pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Mohd Nasir Nordin.

Berdasarkan fakta pertuduhan, Zamri yang merupakan Ketua Cawangan UMNO Jalan Pasar Pudu, Cheras didakwa melakukan pecah amanah terhadap akaun semasa UMNO cawangan itu.

Dia telah memasukkan cek berjumlah RM4,350 ke dalam akuannya yang sepatutnya dibayar kepada tukang jahit.

Zamri dituduh melakukan kesalahan itu di Cheras, pada 27 Januari 2014 dan didakwa memgikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan 22 April ini untuk sebutan semula kes.

1 ulasan:

  1. KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini memutuskan untuk melepas dan membebaskan Ketua Penerangan Umno, Zamri Redzuan @Ridwan,50, atas pertuduhan pecah amanah melibatkan cek bernilai RM4,350 dua tahun lalu.

    Hakim Mohd Nasir Nordin, memutuskan demikian terhadap Zamri, selepas pegawai pendakwa daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Wan Ahmad Nidzam ‎Wan Omar memberitahu pihaknya telah menerima surat representasi daripada pihak pembelaan mengikut Seksyen 254 (3) Kanun Tatacara Jenayah.

    "Pihak pendakwaan menerima representasi pihak pembelaan dan bersetuju dan memohon mahkamah untuk melepas tanpa membebaskan tertuduh daripada pertuduhan menggunapakai Seksyen 376 dibaca bersama Seksyen 254 Kanun tatacara jenayah.

    "Kita tarik balik kes, kita bersetuju dengan rayuan pihak pembelaan menerusi representasi itu. Oleh itu, mahkamah memutuskan tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan dan wang jaminan dikembalikan,"jelas Wan Ahmad Nidzam ketika ditemui pemberita di mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

    Terdahulu, pada pembicaraan April lalu, ‎Zamri mengaku tidak bersalah melakukan perbuatan itu dengan memasukkan cek jumlah tersebut ke dalam akaun peribadinya yang sepatutnya dibayar kepada tukang jahit namun ia tidak dibayar sepenuhnya.

    Perbuatan itu didakwa dilakukan di Cheras, dekat sini pada 27 Januari 2014.

    Jika disabit dengan kesalahan, Zamri yang juga Ketua Umno Cawangan Jalan Pasar Pudu bakal berdepan dengan hukuman penjara sehingga 20 tahun dengan sebatan dan boleh didend

    BalasPadam

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger