PETALING JAYA: Pemuda UMNO Selangor mendedahkan pergerakan itu tidak
mempunyai wang kerana tidak mendapat peruntukan daripada parti bagi
menjalankan program khasnya untuk golongan muda.
Malah Ketua Pemudanya, Zainuri Zakaria mengaku beliau dan ahli Pemuda
lain terpaksa mengeluarkan wang sendiri untuk memastikan program dapat
dijalankan.
Katanya, disebabkan masalah itu, Pemuda UMNO Selangor menghadapi
sedikit masalah untuk membantu UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam
merampas kembali negeri itu dari tangan Pakatan Harapan (PH).
“Nak suruh kita bekerja, tapi minyak tidak berisi, bagaimana nak
gerak? Ini masalah Pemuda Selangor hadapi. Orang tak tahu, sampai ada
yang berhutang. Kita tidak ada peruntukan seperti ketua bahagian tapi
kita sanggup keluarkan duit poket sendiri buat program.
“Himpunan merah itu, kita keluarkan baju, dapat (duit) dari mana?
Ketua Pemuda keluar duit sendiri, beri kepada Pemuda yang semangat nak
pergi. Ada orang tanya tak, Pemuda Selangor dapat peruntukan dari mana?
“Kita memang nak membantu. Asas penubuhan Pemuda pun untuk membantu
cawangan dan bahagian tapi dalam masa sama, yang atas (UMNO pusat) pun
kenalah bantu yang di bawah. Tidaklah boleh harapkan Pemuda sahaja. Kita
(Pemuda) tiada peruntukan. Jadi, mereka kena bantu kitalah,” katanya,
lapor akhbar Sinar Harian hari ini.
Dalam pada itu, Zainuri berkata untuk mengekalkan sokongan orang muda untuk UMNO bukan boleh dilakukan secara percuma.
“Trend sekarang ini, kalau kita guna air liur, air liurlah kita
dapat. Kalau kita lihat pihak belah sana, sanggup berbelanja lebih untuk
terus kepada kumpulan sasaran. Sasarannya untuk mendapatkan pengundi.
“Kita bantu daftar pengundi tapi kita tidak tahu mereka undi siapa,
jadi kita kena bawa jenama kita. Jenama kita (pula) orang sedang tidak
sedap (suka). Jadi kenalah jenamakan semula, cantikkan balik supaya
pengundi yang baharu ini tahu bahawa yang bawa mereka daftar untuk
mengundi buat kali pertama adalah dari BN,” katanya.
Pemuda UMNO Selangor turut berjanji akan mencuba sedaya upaya untuk memenangkan BN pada PRU akan datang.
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan