MUQADDIMAH
Kertas ini merujuk kepada tulisan asal Dr Zaharudin
Abdul Rahman dari Murshid yang bersusah payah menyediakan pencerahan
bagi isu Baiah dan yang bersangkutan dengannya. Kertas bertajuk
Kefahaman Erti Jamaah
dari Hadis & Isu Bai'ah cuba dirungkaikan
permasalhannya dalam konteks lafaz taat setia semua calon pilihanraya
dan khusunya yang menjadi MP dan Adun dari PAS.
Saya merakamkan
ucapan terimakasih kepada Al Fadhil Dr Zaharudin Abdul Rahman dan telah
meringkaskan dengan sedikit penambahan untuk tujuan pembenatangan kepada
MP dan Adun PAS yang inginkan penjelasan.
RINGKASAN TAJUK -TAJUK
Asas perbincangan isu Bai'ah ialah untuk menjawab beberapa persoalan
1. Pengertian Baia'h dan aplikasinya pada Jamaah PAS
2. Lafaz Baia'h dan Bersumpah dalam PAS
3. Pelanggaran sumpah dan cara menebusnya
BAIA'H
Perkataan
bai'ah adalah dari bahasa Arab ب ا ع بيعة yang bermakna menghulurkan
tangan untuk menerima sesuatu janji kerana orang Arab akan membuat
sesuatu janji dengan menghulur tangan masing-masing sebagai tanda setia
kepada janji yang dibuat.
Dari sudut istilah ia adalah
persetujuan antara umat dan pemerintahan Islam yang mempunyai implikasi
timbal balik antara keduanya dari sudut hak. Baia'h ada berbagai bentuk
antaranya
1. Baiah masuk Islam
جاء الناس الكبار و الصغار و الرجال و النساء فبايعهم على الاسلام والشهادة
(riwayat Al Baghawi dan Hakim)
keluarnya dari baiah shahadah ini bermakna murtad
2. Baia'h kepimpinan utama Khalifah Islam berpandukan hadis
من مات و ليس في عنقه بيعة مات ميتة جاهلية (رواه مسلم)
Baia'h
ini hari ini dirujuk kepada kepimpinan negara Islam yang ada kuasa
legaslatif dan eksekutif serta bertungsi sebagai kerajaan yang sah
mengikut undang-undang di negara masing-masing. Kesetiaan kepada
kepimpinan terikat dengan perlembagaan negara dengan hak untuk menegur
kerajaan malah boleh ditukar kerajaan yang lebih baik dengan cara yang sah.
3.
Baia'h untuk kerja Islam dalam suasana tiadanya Khalifah dan umat Islam
berpecah kepada negara bangsa di mana wujudnya Jamaah-jamaah Islam
samada politik mahupun kebajikan ataupun dakwah. Bezanya baiah ini ialah
pelanggarannya tidak membawa kepada kekufuran, murtad mahupun mati
jahiliyah. Jamaah ini tidak boleh mendakwa Imamah sehingga semua orang
menerimanya sedangkan ia hanyalah satu Jamaah dari berbagai Jamaah
Muslimin yang beroperasi di negaranya mahupun yang berselerak di seluruh
dunia.
ابو عبد الله (الامام احمد) سئل عن حديث النبي :من مات و ليس له امام
الخ...ما معناه؟ قال تدري ما الامام؟ الامام الذي يجمع المسلمون عليه
كلهم يقول هذا امام( نقل من fatwa Islamweb.net 111159)
RUMUSAN BAIA'H
Jelaslah bahawa Baia'ah dengan Pas termasuk dalam kategori ke 3, iaitu
untuk
kerja Islam dalam bidang Siyasah dan Dakwah dan pelanggarannya atas apa
juga sebab tidak membawa kepada pembatalan syahadah atau mati Jahiliyah
sebagaimana terpakai kepada Baia'h Syahadah atau Baia'h
Khalifah.
LAFAZ BAI'AH BERSUMPAH
Baia'ah pada asalnya ialah persetujuan taat setia dengan memenuhi hak
dari
yang memberi dan yang menerima Baia'ah. Ia timbal balik antara keduanya
dan bukanlah satu cek kosong. Lafaz Baia'h bagi calon Pas yang
bertanding dalam pilihanraya mewajibkan bersumpah bahawa ia tidak
mengkhianati Parti. Jika berlaku pengkhianatan ancaman laknat akan
terkena pada yang mengangkat sumpah.
Mengkhususkan
laknat Allah malaikah dan pelaknat memerlukan dalil khusus. Hanya Allah
yang berhak melaknati seseorang atas perbuatan
tertentu dan bukan lafaz umum dalam sumpah taat setia. Yang khusus hanyalah untuk
1. Orang kafir Al Baqarah 161
2. Menyembunyikan kebenaran Al Baqarah 159
3. Penipu dalam Mubahalah Ali Imaran 61 dll (rujuk kertas Kefahaman
Erti Jamaah dari Hadis dan Isu Baiah oleh Dr Zaharudin Abdul Rahman)
PERSOALANNYA
Apakah makna mengkhianati? Bagaimana kalau ahli dikhianati dengan
fitnah dan pelabelan untuk menjatuhkan mereka apakah reaksi kepada ini
semua dianggap khianat?
Apakah khianat itu lari dari perjuangan Islam ataukah hanya pandangan berbeza yang diizinkan dalam Islam?
Pengkhianatan tidak boleh dipermudahkan untuk mewajarkan ancaman sumpah yang dibuat apatah lagi sumpah laknat.
Imam
Abdul Qahir Ibn Tahir Al Asfarainiy (mngal 429 H) menyebut dalam kitab
Al Farqu Baina Al Firaq dalam komentarnya tentang hadis berpecahnya umat
Islam Muhammad kepada 73 golongan bahawa:
فصح تاءويل الحديث المروى في افتراق الامة ...الى هذا النوع من الاختلاف،
دون الانواع التي اختلفت فيها اءئمته الفقه من فروع الاحكام في ابواب
الحلال و الحرام و ليس فيما بينهم تكفير ولا تضليل فيما اختلفو فيه من
احكام الفروع
( ms 13, darul taufiqiyah lil turath 2010)
"Maka
tepatlah hadith yg diriwayatkan dalam hal berpecahnya umat...bermaksud
bentuk sebegini (keluar dari Islam) dan bukan jenis yang para pemuka
fuqaha berbeza pandangan dalam soal furu' hukum hakam
dalam bab halal dan haram dan tidak ada dalam perbezaan ini hak untuk
mentakfirkan atau menyesatkan mereka dalam hukum hakam furu'"
Bagaimana pula sesetengah negeri bersumpah lafaz talak 3 isteri jika 'khianati' parti dan perjuangan parti?
1. sekali lagi istilah 'khianat' terlalu umum untuk dijadikan alasan kepada terkena sumpah yang dibuat.
2. Apakah hukum lafaz menceraikan isteri talak 3 jika mengkhianati?
Lafaz cerai talak 3 dalam sumpah yang diangkat dengan sebab 'khianat'
yang kurang jelas melanggar satu rukun penting kehidupan iaitu
berumahtangga.
Allah menjadikan ianya sebagai tanda kebesaran Allah dalam surah al
Rum. Ruang untuk cerai juga dilakukan dengan begitu berhati-hati supaya
kerukunan rumah tangga terpelihara.
Memenuhi sesuatu yang
melanggar perintah Allah adalah perbuatan sia-sia walaupun dengan tujuan
yang baik. Di qiyaskan dengan hukum bernazar Nabi s.a.w bersabda dari
Aisyah bahawa:
من نذر ان يطع الله فليطعه ومن نذر ان يعصيه فلا يعصيه (روا ه بخاري و غيره)
Seolah
ianya perbuatan sia-sia sedangkan hukum lafaz baiah itu sudah cukup
dengan mengatakan janji setia dengan kitabullah dan sunnah Nabinya tanpa
perlu menambah lafaz ta'liq sumpah dalam baiah itu.
PELANGGARAN SUMPAH
Dalam Al Maidah 89 ada menyebut tentang Yamin atau Aiman yang diberi
ruang untuk menebusnya jika berlaku pelanggaran. Hukumnya ialah
1. Berikan makan untuk 10 miskin dari apa yang kita makan
2. Bebaskan hamba (tiada hari ini)
3. Puasa 3 hari
Dari
sudut janji yang kita buat ia tetap dianggap satu dosa kerana melanggar
janji dan kerana itu Kaffarah adalah untuk denda dan
selebihnya bertaubat dan istighfar atas pelanggaran janji. Namun Nabi bersabda ;
فقد روى الإمام مسلم في صحيحه من حديث أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول
الله صلى الله عليه وسلم قال: " من حلف على يمين فرأى غيرها خيراً منها
فليأت الذي هو خير وليكفر عن يمينه"
'Barang
siapa yang berjanji bersumpah sesuatu lalu ia melihat ada yang lebih
baik dari janjinya yang diangkat maka datangilah yang lebih baik itu dan
hendaklah ia membayar denda kaffarah'
PENUTUP
Diharapkan
kertas ringkas ini boleh dijadikan bahan untuk perbincangan dalam
menggarap persoalan baiah yang menghantui MP dan Adun PAS kerana telah
berbuat janji dengan parti yang diwakilinya.
MUJAHID YUSOF RAWA
Baia'h : Satu Penjelasan Isu Baia'h : Satu Penjelasan
Written By Wadah Baru on Rabu, 22 Julai 2015 | 9:26 PG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan