PETALING JAYA: Naib Presiden PKR Rafizi Ramli yakin walaupun Pakatan
Harapan tidak menang pilihan raya akan datang, Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Razak akan digulingkan ahli parti sendiri.
Beliau berkata demikian berdasarkan kepada tinjauan Invoke mengenai
kemungkinan hasil pertandingan 3 penjuru pada pilihan raya umum akan
datang. Invoke sebuah badan inisiatif penyelidikan dasar Pakatan
Harapan.
Pada April Rafizi mendedahkan dapatan tinajuan Invole melibatkan
10,000 pengundi. Tinjauan diambil dari pengundi berdaftar di kawasan
pengundian majoriti Melayu yang dipilih komputer secara rawak dari 6
Februari hingga 6 April tahun ini.
Tinjauan mendapati BN akan memperoleh kelebihan daripada pertandingan
3 penjuru di kawasan majoriti Melayu, dan PAS akan menerima undi lebih
rendah daripada Amanah.
Melalui siaran langsung di Facebook hari ini, Rafizi berkata tunjauan dijalankan setiap hari sejak Disember 2016.
Setakat ini, dapatan menunjukkan PH akan menang 97 kerusi sementara
BN akan menang 125 kerusi dalam pertandingan 3 penjuru sekiranya pilihan
raya umum diadakan tidak lama lagi.
“Sekiranya ini benar-benar berlaku, percayalah akan ada cubaan untuk menyingkir Najib dari dalam Umno,” katanya.
“Saya tak percaya Najib boleh bertahan dengan sekadar majoriti 13
kerusi. Ada kemungkinan parti komponen BN dari Sabah dan Sarawak akan
meninggalkan BN dan menyertai PH. Wakil rakyat BN akan melompat dari
kapal karam Najib.”
Beliau tidak menolak kemungkinan akan berlaku perebutan kuasa yang
akan melibatkan naib-naib presiden Umno Datuk Seri Zahid Hamidi dan
Datuk Seri Hishamuddin Hussein.
“Yang jelas ialah jika Umno hanya mampu menang majoriti 13 kerusi
dalam pertandingan 3 penjuru pada pilihan raya umum akan datang, Najib
tidak akan jadi perdana menteri.”
Rafizi berkata jika PH mahu menang pada pilihan raya umum akan
datang, pakatan itu perlu tumpu pada 50 kerusi majoriti rendah di
Malaysia Barat, kerusi yang dimenangi BN dengan hanya majoriti kurang
dari 10%.
Untuk itu PH perlu tumpu perhatian menawan hati pengundi atas pagar, katanya.
“Walaupun pengundi atas pagar sedar tuduhan melibatkan 1Malaysia
Development Berhad, mereka lebih pedulikan isu yang menjejaskan
kehidupan mereka secara langsung, termasuk kos sara hidup dan gaji yang
tidak naik seiring dengannya, dan kebimbangan terhadap pekerja asing
yang mengambil pekerjaan rakyat tempatan.”
PH akan meneruskan kempennya di beberapa kerusi BN majoriti rendah di utara Malaysia Barat minggu depan.
Menurut Rafizi, kempen itu akan bermula pada Sabtu di Perak, bermula
di Tanjung Malim dan kemudian ke Padang Rengas dan Tambun. Pada Ahad,
kempen di Kedah akan dimulai di Sungai Petani, dan seterusnya ke Balik
Pulau dan Seberang Perai di Pulau Pinang.
Rafizi ramal Najib tidak kekal lama walaupun PH tewas PRU-14
Written By Wadah Baru on Rabu, 12 Julai 2017 | 9:47 PG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan