Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berazam untuk memecahkan
kubu kuat Barisan Nasional (BN) di Parlimen Jasin dan Alor Gajah serta
menyasarkan 13 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) di Melaka.
Selain itu calon yang dijangka akan menduduki kerusi Parlimen dan Dun
itu keutamaan diberikan kepada calon muda, berkebolehan memimpin dan
disenangi pengundi di negeri itu.
Pengerusi Bersatu Negeri Melaka Mohd Radzuan Yusof berkata, dengan
peningkatan keahlian parti itu dari masa ke semasa sehingga kini
mencecah lebih 12,000 ahli, beliau yakin tidak sukar untuk mencari calon
sesuai mewakili Parlimen dan Dun.
"Kita pernah berbincang dengan rakan dalam Pakatan Harapan ada
dikalangan pemimpin mereka meyatakan bahawa untuk pakatan menakluki
Melaka, PPBM perlu berusaha ke arah menumpaskan kerusi Umno.
"Sebelum ini Melaka tidak disenaraikan antara negeri sasaran PPBM,
namun kerana melihat kepada potensinya hari ini daripada sokongan ahli
dan rakan dalam pakatan, maka kita jadikan Melaka negeri yang akan
menjadi tumpuan PPBM selain Johor dan Kedah.
"Kerusi hangat 13 Dun dan, PPBM dijangkakan boleh menang mudah
sekurang-kurang 9 kerusi.
Bagi Parlimen Alor Gajah dan Jasin kerana ia
kerusi tradisi Umno-MCA kekuatan pakatan bukan dari segi sentimen, jadi
saya sebagai pengerusi negeri akan serah kepada keputusan Majlis
Presiden Pakatan Harapan sama ada bersetuju untuk meletakkan calon PPBM
di kerusi tersebut," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Dalam pilihan raya umum ke-13 lalu BN memperoleh 4 kerusi Parlimen manakala DAP dan PKR masing-masing 1 kerusi.
Mohd Radzuan yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi memberitahu
Pakatan Harapan begitu positif bersedia memberi keutamaan negeri-negeri
itu diberikan kepada Bersatu dalam PRU-14.
"Ini kerana dari segi prinsipnya untuk Pakatan Harapan menawan Melaka
adakah kita mahu didominasi pemimpin Melayu atau pemimpin Cina terhadap
kerusi-kerusi dipertandingan kelak?
"Dengan kelebihan kerusi DAP di negeri ini, sudah tentu Umno akan
memainkan isu perkauman untuk melemahkan pakatan harapan di negeri itu
terhadap pengundi Melayu.
"Dengan sokongan orang Melayu terhadap PPBM, saya yakin rakan dalam
Pakatan Harapan bersedia untuk menyerahkan lebih kerusi kepada kami di
kawasan yang ramai pengundi Melayu dan kerusi-kerusi yang mereka kalah
dalam pilihan raya lalu," ujarnya.
Pada 9 Julai lalu sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitiri parti itu
telah diadakan di Melaka yang mana pada majlis tersebut parti itu
berjaya mengutip tambahan ahli berdaftar sejumlah 770 orang dengan
kehadiran lebih 20,000 penyokong.
Mengenai keahlian Bersatu di negeri itu, Ketua Bahagian Alor Gajah
ini berkata, kebanyakan ahli terdiri dikalangan generasi muda yang
menaikkan lagi perjuangan parti yang tidak sampai setahun penubuhannya
ini.
"Kajian kita mendapat 25% ahli Umno sudah menyertai PPBM di Melaka.
Ia meliputi segenap lapisan masyarakat dan kebanyakannya adalah
penyertaan generasi muda yang amat tertarik dengan perjuangan PPBM,"
ujarnya.
Ditanya sama ada beliau berminat untuk menjadi calon di kerusi
Parlimen Alor Gajah itu kelak, Mohd Radzuan seorang usahawan ini
berkata:"saya tidak berminat, bagilah orang muda memimpin. Saya akan
berusaha mencari calon yang benar-benar berpotensi dan sesuai untuk
menjadi wakil rakyat mereka di negeri ini," ujarnya.
Difahamkan beberapa perbincangan sudah pun dibuat sebelum ini antara
rakan Pakatan Harapan berkaitan dua parlimen itu yang dimenangi wakil
rakyat dari Umno dan MCA dalam PRU13 lalu yang menjadi sasaran parti itu
tetapi ia masih belum dimuktamadkan di peringkat negeri dan pusat.
Bersatu Melaka sasar pecahkan kubu kuat Umno-BN di Parlimen,Dun
Written By Wadah Baru on Khamis, 13 Julai 2017 | 3:07 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan