Home » , » Perletakan Jawatan YDP, Ketua Pemuda Dan Ketua Dewan Muslimat PAS Pulai

Perletakan Jawatan YDP, Ketua Pemuda Dan Ketua Dewan Muslimat PAS Pulai

Written By Wadah Baru on Selasa, 1 September 2015 | 1:39 PTG


Saya Suhaizan Bin Kaiat bekas YDP PAS Pulai, Ust Mohd Syafiq Bin Abdul Aziz Ketua Pemuda PAS Pulai dan Fatimah Binti Mohd Ali Ketua Muslimat PAS bersama barisan AJK dengan ini mengumumkan perletakan Jawatan masing-masing. Kami telah dan akan menganggotai Parti Amanah Negara atau singkatannya Amanah Negara yang telah diumumkan oleh Pengerusinya Tuan Hj Mohammad bin Sabu pada hari semalam di Kuala Lumpur.

Kami berterima kasih atas kepercayaan yang telah diberikan oleh ahli-ahli PAS Pulai selama ini.

Perbezaan pendekatan untuk meletakan agama, bangsa dan negara ditempatnya tidak boleh memisahkan ikatan persaudaraan yang telah lama terbina. Marilah sama-sama kita uruskan perbezaan ini dengan hikmah bijaksana.

Tumpuan kami selepas ini adalah memperkukuhkan parti yang telah kami pilih dengan memberi fokus terhadap isu-isu rakyat khususnya di Pulai bagi menghadapi pilihanraya ke-14 bersama dengan Pakatan Rakyat 2.0 yang akan dibentuk selepas ini. Program-program penerangan dan kebajikan rakyat akan dilaksanakan. Kami berharap rakyat dapat bersama kami membina harapan baharu Malaysia.

Sekian terima kasih
t.t
______________________
SUHAIZAN BIN KAIAT
t.t
_______________________
UST MOHD SYAFIQ BIN ABDUL AZIZ
t.t
_________________________
FATIMAH BINTI MOHD ALI
YDP, Ketua Pemuda, Ketua Dewan Muslimat PAS Pulai dan Jawatankuasa PAS Pulai melepas jawatan masing-masing

0 ulasan:

Catat Ulasan

Follow by Email

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger