Oleh Arif Atan
1.
Berjalan dari Pasar Seni menghala ke Dataran Merdeka, kita dapat
melihat bangunan2 lama di Kuala Lumpur yang nampak makin dihimpit
projek di sana-sini. Ada binaan bangunan tu tertera tahun 1920!
Sayangnya, banyak premis sudah tergantung bisnes orang Nepal, Myanmar
dari kedai makan sampai kepada barangan am. Tersergam juga bangunan
Maybank yang dikatakan pertama wujud pada 1960. Siapa yang nak tahu di
mana letaknya binaan tu, esok turunlah Bersih 4.0!
Hanya
ketika himpunan seperti ini kita sebagai rakyat Malaysia dapat
"bersiar-siar" melihat pemandangan dan sisa tinggalan sejarah di ibu
kota dan kau akan rasa betapa berharganya warisan itu dipelihara. Kita
belajar sejarah di jalanan! Tak kenal maka tak cinta. Kalau cuti minggu
biasa kawasan pusat ibu negara ini penuh dengan warga asing kelas
buruh. Jadi? Kau tak payah memgaku patriotik cintakan negara kalau KL pun kau tak tahu apa yang menarik di sini!
2. Kawan2 Cina kita beri laluan untuk yang Melayu solat Marghrib
berjemaah. Ketika berlangsungnya solat, kawan2 bukan Islam sekitar
tempat yang Muslimin dan Muslimat solat tadi duduk diam, layan hp
masing2 walaupun maklum 'line' teruk. Mereka tak sibuk nak tiup benda
bising tu.
Masa Aisyah nyanyi lagu "Bahtera Merdeka" pun
kawan-kawan bukan Melayu inilah yang angkat tangan buat isyarat minta
peserta di belakang untuk senyap tak sibuk tiup benda tu (patut bako je
benda tiup2 tu lepas ni. hahaha).
Siang tadi pun kami menapak
sama, bercerita isu semasa, ketawa dan ada ketika serius berkongsi rasa
tapi ceria kembali berkongsi kuih apam yang cantik hasil 'karya' Kak
Siti - suri hati En Ahmad Lutfi Othman. Chia Fong Lau siap melawak,
"Ini halal ar. Takde babi". Gila kau! Mesra. Tiada apa yang mengguris
hati sebab kita sudah lama kenal hati budi.
Tengku
Emma Zuriana pula bermalam di sebuah gereja dekat Dataran Merdeka. Ada
ruang lelapkan mata untuk peserta himpunan Bersih 4.0. Punyalah bagus
layanan kawan2 kita komuniti di sana meraikan yang Muslim untuk tumpang
bermalam. Mereka mempraktikkan nilai kemanusiaan.
Nampak? Kau
belajar tentang makna kemanusiaan & perpaduan nasional. Ketika
himpunan rakyat seperti inilah kita dapat menilai ciri masyarakat sivil/
madani rakyat tanah air. Kita saling menghormati amalan agama
masing-masing. 'Kan indah? Segalanya berlaku spontan. Bukan dibuat-buat
macam iklan TV Hari Kebangsaan!
3.Bersih 4.0 seperti himpunan
lazimnya adalah PESTA RAKYAT. Kita praktikkan senyum pada orang
sekeliling, beri laluan pada yang mahu duduk sementara yang mahu duduk
atau berjalan ucap terima kasih sambil senyum.
Ada yang sukarela
kutipkan sampah siap dia pula yang ucapkan "terima kasih"! Ada yang
bawa buku kempen membaca di jalanan. Tadi juga ada tayangan 10 Tahun
Sebelum Merdeka. Ng Yap Hwa dan kawan2
beliau banyak main peranan di sana. Lagi? "Kuliah" jalan raya oleh
pensyarah2 hebat tanah air kita. Ada bermain gitar, bergendang,
menyanyikan lagu2 cintakan keadilan. Bahkan selepas solat Marghrib dan
solat hajat tadi pun ada tazkirah yang turut didengari sama kawan2
bukan Muslim.
Ya. Apa makna semua itu? Indahnya di mana?
Indahnya apabila rakyat terutama golongan muda disosialisasikan dengan
nilai berdikari dan saling menghormati hak. Rakyat disemai dengan
kesedaran sivik. Kalau program anjuran kerajaan, susah nak tengok ada
pengunjung kutip, kumpulkan setempat plastik sampah.
Jadi, kau
masih prejudis anggap Bersih 4.0 ni yang bukan-bukan? Lebih parah tuduh
Bersih 4.0 ni ramainya 'Cina DAP'! Turunlah esok baru kau tahu indahnya
hidup kita bermasyarakat. Kita berhimpun kerana kita menolak pelbagai
bentuk pembodohan oleh kelompok elit penguasa-pemodal yang cenderung
mahu jurang luas kaum-agama sentiasa luas hanya demi memastikan
cengkaman kuasa dan monopoli mereka tidak terancam!
#HidupRakyat
#TurunBersih4
#TangkapNajib
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan