Gambar Wanita Cina yang memijak gambar Tuan Guru Hj Hadi ?
Written By Wadah Baru on Isnin, 31 Ogos 2015 | 8:16 PG
Alhamdulillah berjalan dengan lancar tanpa ada gangguan dan provokasi dari mana-mana pihak.
BERSIH 4.0 telah berjalan dengan lancar mulai semalam 29 Ogos 15 dan hari ini 30 Ogos 15.
Bagi Harapan Baru Subang BERSIH 4.0 telah melakarkan sejarah Himpunan Rakyat yang melibatkan berbagai kaum dan agama yang berjalan penuh aman dan harmoni.
Peserta Harapan Baru Subang yang telah menghadiri program BERSIH 4.0 mendapati bahawa kaum-kaum lain seperti cina dan india sangat hormat memghormati, salimg bekerja sama dan bertolak ansur demi menjayakan BERSIH 4.0. Tidak ada wajah yang tidak ceria..malah BERSIH 4.0 juga seperti sebuah Pesta Rakyat Malaysia menyambut Kemerdekaan malam nanti.
Harapan Baru Subang berada sepanjang dua hari perhimounan malah berada di kebanyakan kawasan himpunan dan kami tidak nampak apa-apa kertas atau poster yang ada gambar Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang disebarkan.
Harapan Baru Subang merasakan bahawa gambar seorang wanita cina yang memijak gambar poster Tuan Guru Haji Hadi adalah FITNAH dan suatu rekaan yang dilakukan oleh mereka yang berniat jahat untuk menggagalkan Himpunan BERSIH 4.0 dan juga berniat untuk meniupkan sentimen kebencian kaum di negara ini.
Harapan Baru Subang mengharapkan para sahabat di media sosial FB, Twitter mahupun di VIRAL di Whatsapp mengabaikan gambar tersebut tanpa menyebarkan demi keamanan dan kestabilan sosial negara kita yang tercinta.
Ketua Komunikasi
Harapan Baru Subang
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan