Home » » Pendapatan Pemegang Amanah YaPEIM Bersama Keluarganya Cecah RM 154,700 SEBULAN

Pendapatan Pemegang Amanah YaPEIM Bersama Keluarganya Cecah RM 154,700 SEBULAN

Written By Wadah Baru on Ahad, 15 November 2015 | 2:59 PTG

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) merupakan satu yayasan yang dipertanggungjawabkan mengurus sumbangan derma orang ramai, pinjaman Kerajaan Persekutuan serta menjana pendapatan melalui perniagaan berteraskan Islam dan kemudiannya sumbangan ini sepatutnya diagihkan kepada kumpulan sasaran dan mereka yang memerlukan.

Mengikut struktur kumpulan organisasi YaPEIM (rujuk lampiran), terdapat 6 institusi milik penuh YaPEIM beserta 2 anak syarikat  dan 6 institusi di bawah kawalan YaPEIM beserta 3 anak syarikat iaitu seperti berikut:

Institusi Milik Penuh YaPEIM

Institut Penyelidikan dan Perundingan YaPEIM
Permodalan YaPEIM
Darul Sasaran
PJ Perdana Management & Service
Pusat Khidmat Pembangunan Usahawan YaPEIM
Akademi Pengurusan YaPEIM
Perbadanan INFAQ YaPEIM
YaPEIM Smart Venture
Institusi di Bawah Kawalan YaPEIM

Koperasi YaPEIM Berhad
Ar Rahnu YaPEIM
YaPEIM Hospitality International
Koperasi Ibadah KorbanYaPEIM Berhad
YaPEIM SMART
Koperasi Khairat Warga YaPEIM Berhad
Koperasi Santun Berhad
Koperasi Kebajikan Pasca Perkhidmatan YaPEIM Berhad
Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (PEMANGKIN)
Kewujudan begitu banyak institusi dan anak syarikat di bawah YaPEIM menimbulkan tanda tanya mengenai keperluan tersebut sedangkan matlamat kewujudan YaPEIM adalah berteraskan amal jariah.

Berdasarkan penelitian yang dibuat oleh National Oversight and Whistleblowers (NOW), beberapa individu terutamanya Dato’ Haji Abd. Malek B. Awang Kechil  iaitu Presiden Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM dan Datuk Hajjah Siti Jeliha @ Zaleha Binti Hussin iaitu Timbalan Presiden Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM bersama keluarganya (rujuk lampiran) merupakan mereka yang menerima manfaat terbesar dengan kewujudan institusi dan jawatan-jawatan tersebut.

Berikut adalah senarai jawatan yang disandang oleh Dato’ Haji Abd. Malek B. Awang Kechil berserta gaji dan elaun bulanan:-

Presiden Lembaga Pemegang Amanah                                       RM 15,000.00
Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah                                     RM 15,000.00
Pengerusi Jawatankuasa Kerja YaPEIM                                       RM 5,000.00
Pengerusi Panel Pemikir Pembangunan Ekonomi Islam              RM 5,000.00
Pengerusi Jawatankuasa Khas LPA Program Mikro Kredit          RM 5,000.00
Majlis Penasihat Teknologi Emas & Galian Bernilai                      RM 5,000.00
Penasihat Dasar dan Operasi Skim Ibadah Korban YaPEIM        RM 5,000.00
Pengerusi, Institut Penyelidikan Dan Perundingan YaPEIM          RM 4,500.00
Pengerusi, Pusat Khidmat Pembangunan Usahawan YaPEIM      RM 4,500.00
Pengerusi, Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin                   RM 4,500.00
Pengerusi, PJ Perdana Management & Services                       RM 4,500.00
Pengerusi, YaPEIM Hospitality International Sdn Bhd                      *tiada maklumat
Jumlah pendapatan bulanan Dato’ Haji Abd. Malek B. Awang Kechil yang telah dikenal pasti melalui YaPEIM adalah RM 73,000.00 sebulan.

Berikut adalah senarai jawatan yang disandang oleh Datuk Hajjah Siti Jeliha @ Zaleha Binti Hussin berserta gaji dan elaun bulanan:-

Timbalan Presiden Lembaga Pemegang Amanah                         RM 15,000.00
Timbalan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah                       RM 15,000.00
Pengerusi Jawatankuasa Audit YaPEIM                                        RM 5,000.00
Ahli Jawatankuasa Pengawasan Syariah YaPEIM                         RM 1,000.00
Pengerusi Perbadanan Infaq YaPEIM Sdn Bhd                              RM 4,500.00
Ahli Lembaga Pemegang Amanah PEMANGKIN                      RM 2,500.00
Ahli Lembaga Pengarah YaPEIM Smart Venture                        RM 2,500.00
Jumlah pendapatan bulanan Datuk Hajjah Siti Jeliha @ Zaleha Binti Hussin yang telah dikenal pasti melalui YaPEIM adalah RM 45,500.00 sebulan.

Selain daripada itu, anak kepada pemimpin Wanita UMNO Kelantan tersebut iaitu Wan Johan Bin Wan Ismail turut terlibat secara langsung dalam YaPEIM dan berikut adalah senarai jawatan yang disandangnya beserta gaji dan elaun bulanan:-

Pengarah Kanan, Perancangan, Kesetiausahaan dan Corporate Intelligence  RM 18,800.00
Elaun rumah                                                          RM 1,200.00
Elaun Keraian                                                       RM 1,200.00
Ketua Pegawai Eksekutif, YaPEIM Smart Venture         RM 2,500.00
Pengarah Eksekutif, Darul Sasaran Sdn Bhd                 RM 1,000.00
Lembaga Pengarah, Darul Sasaran Sdn Bhd                 RM 2,500.00
Ketua Pegawai Operasi, Permodalan YaPEIM               RM 1,500.00
Lembaga Pengarah, PJ Perdana Management & Services                       RM 2,500.00
Manakala suami kepada Datuk Hajjah Jeliha @ Zaleha Binti Hussin iaitu Haji Ismail Bin Mat Nasib dilantik sebagai Fellow dengan pendapatan RM 5,000 sebulan bagi ‘melaksanakan tugas dan tanggungjawab seperti yang diamanahkan YaPEIM bersama YBagia Datuk Zaleha’.

Jumlah pendapatan bulanan Datuk Hajjah Siti Jeliha @ Zaleha Binti Hussin bersama keluarga beliau melalui YaPEIM adalah RM 81,700.00 sebulan.

Sebagai Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM, mereka sepatutnya memantau pengurusan dan memastikan sumbangan derma orang ramai tidak disalah gunakan dan sampai kepada mereka yang layak menerima.

Namun sebaliknya, mereka ini menjadi penerima sumbangan dan manfaat terbesar apabila mereka bersama keluarga memegang 26 jawatan dalam YaPEIM dengan pendapatan mencecah RM 154,700.00 sebulan dan jumlah tersebut tidak termasuk manfaat-manfaat yang lain.

Bagaimanakah perkara seperti ini boleh berlaku sedangkan agensi YaPEIM diletakkan dibawah pemantauan khas Perdana Menteri Malaysia?

Adakah Dato’ Seri Jamil Khir selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab menguruskan Hal Ehwal Agama Islam sedar berkenaan perkara ini?

Mampukah Perdana Menteri dan Menteri tersebut bayangkan perasaan 588,930 orang penyumbang derma secara bulanan kepada YaPEIM apabila mengetahui mereka yang diamanahkan untuk memantau sumbangan tetapi gagal menjalankan tanggungjawab mereka?

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger