Home » , » Tanpa Bekerjasama Dengan Parti - Parti Lain , Pas Akan Kecundang

Tanpa Bekerjasama Dengan Parti - Parti Lain , Pas Akan Kecundang

Written By Wadah Baru on Selasa, 15 Ogos 2017 | 9:33 PG

Oleh Mohd Sayuti Omar

Tanpa bekerjasama dengan parti2 lain, sama ada dengan parti dalam Pakatan Harapan atau Umno mustahil untuk parti agama (Pas) dapat mengekalkan 15 kerusi Dun Selangor yang dimenangi dalam pilihan raya lalu.

Satu perkara yang tidak dapat ditolak kemenangan bersejarah Pas itu mendapat 15 kerusi dan anggotanya berada dalam barisan anggota Exco Selangor kerana hasil kolaborasi dengan parti-parti lain, DAP dan PKR. Dalam kata lain kerana calon Pas mendapat sokongan dari pengundi Cina. 

Hakikat ini dapat dilihat kerusi-kerusi yang peratus pengundiannya dimana pengundi Cina berada 30% ke atas calon Pas menang dengan majoriti besar.

Kemenangan di kerusi undi Cina 30% ke atas ini lebih besar dari kerusi yang kedudukan undi Melayu 60% ke atas. Ertinya faktor Cina sangat signifikan.

Kerusi-kerusi peratus Cina 30% ke atas dimenangi Pas itu ialah:

1. Lembah Jaya, peratus pengundi Cina 31.86%, majoriti dicapai calon Pas, 8,713.
2. Seri Serdang peratus pengundi Cina 36.12%, majoriti diperolehi calon Pas, 16,251.
3. Paya Jaras peratus pengundi Cina 30.38% majoriti diperolehi calon Pas 5,522.
4. Taman Templer pengundi Cina 58.63% majoriti diperolehi calon Pas 7,467.
5. Chempaka pengundi Cina 58.63% majoriti diperolehi calon Pas 9,608.
6. Dusun Tua pengundi Cina 37.42% majoriti diperolehi calon Pas 4,071.

Rata-rata majoriti dikaut itu tinggi dari 4,017 hingga 9,608.

Bandingkan dengan kerusi Pas yang menang di kawasan pengundi Melayu 60% ke atas, dimana majoritinya jauh lebih rendah kecuali di dua Dun, Meru dan Bangi.

1. Sabak pengundi Melayu 80.27%, majoriti 117.
2. Bangi pengundi Melayu 66.55% majoriti 11,000.
3. Sijangkang pengundi Melayu 66.0% majoriti 2,942.
4. Gombak Setia pengundi Melayu 76.72% majoriti 1,681.
5. Morib pengundi Melayu 61.32% majoriti 766.
6. Meru pengundi Melayu 60.19% majoriti 9,079.
7. Selat Kelang pengundi Melayu 63.90 majoriti 2,754.
8. Tanjung Sepat pengundi Melayu 55.65% Cina 28.10% majoriti 682.
9. Hulu Kelang pengundi Melayu 84.40% majoriti 2,881.

Berdasarkan pencapaian itu Pas hanya mungkin boleh mengekalkan dua kerusi sahaja, iaitu di Meru dan Bangi. Semua kerusi lain jika perangkaan ini terpakai akan terlepas dari tangan Pas.

Apakah Pas masih kekal dan istiqamah dengan pendirian politiknya untuk bersendirian?

Untuk menjaga maruah politiknya Pas harus memilih sama ada untuk berkongsi dengan pembangkang atau pun dengan Umno. Tetapi yang jelas tidak berbaloi kalau hanya dengan PKR. Trims.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger