Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa kerajaan
Barisan Nasional (BN) sebagai bacul dan penakut apabila tidak meluluskan
pendaftaran gabungan partinya.
“Dia nak jaga keselamatan dia. Sebab itu sampai sekarang belum lulus
PH. Dah lebih sebulan kita failkan, tidak ada sebab dia tak daftar.
“Zahid Hamidi Menteri KDN bertanggungjawab untuk meluluskan pendaftaran ini. Sampai sekarang senyap sunyi kerana takut.
“Penakut, sibacul ini tak berani nak luluskan,” katanya di majlis pelancaran Pakatan Harapan Johor malam ini.
Katanya, pemimpin BN berharap, pendaftaran PH hanya akan dibuat menjelang pilihan raya umum akan datang.
“Harapan mereka adalah, sampai masa pilihan raya baru nak bagi
kelulusan. Kalau bagi masa itu tak sempatlah kita kempen untuk perkenal
logo dan sebagainya,” katanya.
Sehubungan itu, Mahathir memberikan jaminan kepada penyokong PH,
samada pendaftaran PH diluluskan atau tidak, mereka akan tetap
bekerjasama.
“Sama ada lulus atau tidak kita akan tetap kerjasama. Misalnya kita
letak calon AMANAH sebagai calon umpamanya. Bukan penyokong AMANAH saja
akan undi calon itu, tetapi semua penyokong PKR, Bersatu dan DAP juga
akan undi calon AMANAH itu,” tegasnya.
Apabila itu berlaku, beliau yakin, BN akan kalah dalam pilihan raya umum akan datang.
“Kita letak dan sokong calon PH, jangan kira dia datang dari parti mana, kita sokong dia,” katanya.
Johor cipta sejarah
Dalam ucapan itu, Mahathir mengajak rakyat Johor sekali lagi mencipta
sejarah sebagaimana tahun 1951 dulu mereka menubuhkan Umno di Johor.
“Dulu Johor kubu Umno. Kita minta rakyat Johor sekali lagi menjadi pengasas dan menjadi kubu kuat PH.
“Hari ini Johor jadi pengasas kepada gerakan untuk bersihkan negara bermula dari kleptokrasi,” katanya.
Katanya, sejarah akan dicatat melalui tindakan orang Johor ini dalam pilihan raya umum akan datang
Najib, Zahid takut, bacul tidak luluskan pendaftaran PH, dakwa Tun M
Written By Wadah Baru on Sabtu, 30 September 2017 | 2:35 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan