Gerakan Harapan Baru (GHB) adalah satu parti baru dan bukan parti
serpihan PAS yang ditubuhkan individu kecewa dengan kekalahan pemilihan
parti PAS.
Penyelaras Sementara, GHB Perak, Asmuni Awi menegaskan
GHB adalah satu parti politik baru yang diwujudkan untuk mengisi
kekosongan yang ditinggalkan PAS dalam Pakatan Pembangkang dengan tujuan
meneruskan agenda Pakatan sebelum ini.
Menurut beliau GHB
mempunyai visi yang berlainan dan bertujuan untuk mewujudkan sebuah
pakatan pembangkang yang baharu selepas PAS menamatkan hubungannya
dengan DAP.
“Kita mempunyai visi kita tersendiri, di mana atas
kegagalan Pakatan Rakyat (PR) ekoran kemelut DAP dan PAS, kita melihat
perlunya parti politik Islam baharu untuk memenuhi salah satu kekosongan
di dalam PR.
“Kalau nak cakap GHB merupakan ahli PAS yang kecewa
itu tidak benar, saya merupakan pengerusi pemilihan PAS tetapi memilih
untuk meninggalkan PAS. Saya ambil keputusan memilih GHB, ada juga
beberapa ahli PAS berjawatan memilih GHB,” katanya ketika ditemui
Peraknews pada Jumaat di Ipoh.
Tambah beliau, penubuhan GHB turut
mengambil pandangan beberapa pihak termasuk parti politik lain yang
bersependapat perlunya diwujdukan parti politik Islam baharu bagi
mengisi kekosongan yang ditinggalkan PAS bagi meneruskan agenda Pakatan
Rakyat sebelum ini.
Justeru itu, kata beliau dakwaan GHB hanya
akan menjadi kuda tunggangan terbaru DAP dalam pentas politik negara
adalah tidak berasas.
“Visi GHB adalah untuk ke pangkal
perjuangan PAS iaitu menjadi sebuah parti insklusif dan parti yang boleh
diterima masyrakat bukan Islam supaya kita dapat kembangkan dakwah
Islamiah dan bukan berjauhan dengan mereka.
“Buat masa ini parti
yang saya (PAS) sertai lebih 20 tahun lalu sudah jauh tersasar daripada
perjuangan asal. Apa sekalipun tomahan yang dilemparkan kita tak kisah,
kita hanya akan menfokuskan kepada visi yang ditetapkan,” ujarnya.
Asmuni
yang juga merupakan bekas Bendahari PAS Pusat turut mempersoalkan
tindakan beberapa kepimpinan PAS baru-baru ini yang tidak jemu
menghentam parti GHB.
“Itu yang kita kesalkan sepatutnya selepas
mereka berjaya menyingkirkan orang-orang yang mereka tidak kehendaki,
sepatutnya mereka bergembira.
“Dahulu diistilahkan sebagai “Babi
Hutan”, “Semak Samun” dan “Sekular” sudah tidak ada lagi di dalam PAS
jadi apa yang mereka hendak bimbangkan? Biarkan kami teruskan agenda
kami dan mereka boleh teruskan agenda mereka,” tegasnya
Home »
» GHB Bukan Parti Serpihan PAS - Asmuni
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan