OLEH: JOHARI JAAFAR (Bekas Wartawan Harakah)
IPOH:
Kemunculan parti baru yang dijangka selepas Aidil Fitri ini diramalkan
akan menggegarkan politik di negeri Perak, sekaligus PAS di negeri ini
dilihat akan terkesan dengan dengan kelahiran parti baru ini.
Gelombang
gerakan harapan baru ini telah disambut oleh rakyat di negeri ini
dengan menyokong Gerakan Harapan Baru apabila satu majlis perjumpaan
diadakan di sini pada 1 Julai lalu yang dihadiri oleh wakil wakil dari
seluruh kawasan di negeri ini.
Turut hadir dan memberikan ucapan
Bekas Exco Kerajaan Pakatan Perak, yang juga Naib Pengerusi Gerakan
Harapan Baru Negeri Perak ,Haji Mohd Zainududin Yusuf.
Hadir sama
memberikan ucapan seorang lagi Naib Pengerusi GHB Negeri Perak, yang
juga mantan Setiausaha Pakatan Rakyat Perak, Dr Khairudin Dato' Abdul
Malik.
`Orang kuat' Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak, Encik
Nelli Raja turut juga berkonsi pandangan dan akan bersama dengan gerakan
tersebut.
Bekas Pengerusi Lajnah Mobilisasi dan Demokrasi Negeri
Perak, Abdul Rahim Mohd Noordin (Rahim Cheng).turut serta beberapa
orang peguam yang sebelum ini aktif dalam PAS di negeri ini.
Perjumpaan pada 1 Julai lalu adalah pertemuan yang kedua kali bagi Geeakan Harapan Baru peringkat negeri ini.
Beberapa lagi pertemuan dan dialog dipercayai akan dilakukan sebelum kemunculan parti baru selepas Aidil Fitri ini.
Bekas
ADUN Lubuk Merbau, Zainudin Yusuf berharap kewujudan wadah baru ini
akan mendapat sokongan rakyat, kerana itu gerakan penerangan kepada
masyarakat umum perlu bermula dari sekarang.
Ahli Jawatankuasa
Gerakan Harapan Baru peringkat negeri ini telahpun diwujudkan dan
disusun yang melibatkan wakil -wakil dari 24 kawasan di negeri ini.
Beberapa program telah pun disusun untuk menyemarakan lagi gelombang politik negeri ini.
Tokoh
tokoh politik yang berpengaruh dijangka akan turut bersama wadah baru
ini dan ini pastinya memberikan `pukulan hebat' kepada PAS Perak.
Antaranya
ialah Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Sri Mohammad Nizar Jamaludin,
Bekas Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Perak Asmuni Awi, Mantan
Setiausaha Pakatan Rakyat yang juga bekas Yang Dipertua PAS kawasan
Tambun, Dr Khairuddin Dato Malik, Haji Zainuddin Yusuf, bekas Exco Agama
kerajaan Pakatan Rakyat.
Kehadiran Nelli Raja selaku Ketua Dewan
Himpunan Penyokong PAS Negeri Perak dengan memberikan sokongan kepada
parti baru yang akan muncul nanti sudah cukup memberikan tamparan kuat
kepada PAS.
Dalam ucapannya beliau mencadangkan agar parti baru
ini membuka keahlian kepada bukan Islam, dan bukannya dalam bentuk sayap
dewan penyokong parti sahaja.
Dewan Penyokong PAS Perak sebelum
ini berperanan cukup memberangsangkan dalam memberikan kemenangan kepada
calon calon PAS dalam pilihanraya umum.
Sokongan diberikan Nelli
sebagai Ketua Himpunan Penyokong PAS Perak setidak tidaknya langkah PAS
Perak pastinya `tempang' untuk menghadapi pilighanraya umum ke 14 akan
datang.
Dr Khairudin Dato Abdul Malik dalam ucapannya menggesa
jawatan yang dibentuk di seluruh kawasan agar berusaha menarik seramai
mungkin ahli ahli PAS masyarakat umum menyertai parti baru yang akan
muncul sedikit masa lagi.
"Kita tidak bermusuh dengan PAS dan
ahli ahlinya, apa yang kita sampaikan perlunya mereka bersama kita dalam
perjuangan baru bermula dan parti baru yang akan wujud selepas hari
raya Aidil Firti nanti," ujar beliau.
Rakyat negeri ini termasuk
ahli- ahli PAS perlu mendapat penerangan yang jelas mengenai hala tuju
parti baru agar mereka juga merasakan perlunya mereka terlibat sama
mendokong hasrat Pakatan Rakyat.
PAS tidak seharusnya
mendendangan `lagu lama' dengan menyatakan parti baru akan terkubur
saperti mana parti HAMIM dan Berjasa kerana suasana politik masa kini
dan mendatang tidak saperti dulu.
Saperti yang diucapkan oleh Dr
Khairudin, parti baru bersama Pakatan Baru akan kembali menerajui Perak
pada pilianraya umum ini, bukanlah satu angan angan kosong yang tidak
berpijak dibumi nyata.
Ianya ada kebenarannya tambahan pula
gelombang rakyat untuk meletakkan Umno dan BN ke`liang lahat' kian kuat
PAS Perak pastinya akan mengalami `mimpi ngeri' dalam pilihanraya umum
akan datang.
Rakyat negara ini khususnya warga negeri Perak akan menyaksikan parti mana yang `tenggelam. dalam pilihanraya umum ke 14 nanti.
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan