Home » » Tiada dalil kuat haram berbilang parti Islam

Tiada dalil kuat haram berbilang parti Islam

Written By Wadah Baru on Selasa, 14 Julai 2015 | 11:04 PTG

Oleh Fauwaz Fadzil Noor


Perbincangan hangat berkenaan PENUBUHAN JAMAAH BARU dan bagaimana dengan BAI'AH mereka dengan JAMAAH YANG SEDIA ADA?

Maklum bagi mereka yang mendalami ilmu fikh bahawa baiah yang wujud di dalam hadis atau yang meninggalkan jamaah ia berkaitan dengan baiah dengan kerajaan maka orang yang memutuskan baiah tersebut dan keluar daripada kerajaan Islam itu adalah haram. Tetapi berbaiah dengan parti atau jamaah tidak termasuk di dalam hadis ini.

Baiah parti dikategorikan sebagai ta'ahud dan sekiranya seseorang keluar daripada parti cukup dengan membayar kaffarah sumpah.
Segala taklid taklid yang berccanggah dengan maqasid syarie taklid itu dianggap batil.

Cuma permasalahannya adakah wajar menubuh jamaah baru sedangkan dah ada jamaah lama?

Maka perkara ini merujuk kepada fikh masalih adakah ia banyak membawa kepada maslahah walaupun secara dasarnya mengurangkan jamaah itu lebih baik kerana dapat dikumpulkan tenaga yang banyak dan jamaah yang banyak itu memecahkan tenaga?

Tidak ada dalil yang kuat yang mengharamkan berbilang parti Islam. Kesemua pendapat yang telah diutarakan dalam bentuk pengharaman jamaah baru adalah ijtihad bukanya Syariat.

Maka perkara ini diserahkan kepada ahli politik untuk menentukan hala tuju mereka walaupun secara peribadi saya lebih suka tidak ada jamaah baru, tetapi secara fikhnya tidak ada yang menghalang penubuhan parti baru.

Selamat beramal, kuatkan perpaduan umat Islam.

Fauwaz Fadzil Noor

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger