Home » » 500 sukarelawan GHB akan bantu BERSIH 4.0

500 sukarelawan GHB akan bantu BERSIH 4.0

Written By Wadah Baru on Ahad, 16 Ogos 2015 | 2:08 PTG


SHAH ALAM: Gerakan Harapan Baru (GHB) bakal menyertai Himpunan BERSIH 4.0 yang dijadualkan berlangsung 29 hingga 31 Ogos ini.

Timbalan pengerusinya, Salahuddin Ayub berkata, sebagai sumbangan kepada himpunan itu, GHB akan menyediakan 500 anggota sukarelawan mereka yang dikenali sebagai Amal Relief atau Arif dan juga pasukan peguam.

"GHB akan turun BERSIH 4.0 kali ini dengan menawarkan bantuan unit Arif untuk menjaga keselamatan perserta himpunan dan Pro-Guam iaitu persatuan peguam muda dibawah GHB bagi membantu mereka-mereka yang berdepan masalah ketika himpunan itu nanti" katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media sempena progran Nadwah Ulamak Nahdhah Jadidah 2015 (NUNJI15) yang berlangsung di Shah Alam hari ini.

Mengulas status penubuhan parti baru, Salahuddin berkata GHB sedang berusaha untuk menyelesaikannya sebelum 31 Ogos ini.

Tambah beliau lagi, nama parti akan diumum kemudian.Tidak curi ahli parti lain
Sementara itu ketika mengulas mengenai keahlian parti baru beliau berkata GHB tidak berminat mencuri ahli dari mana-mana parti.

"Tiada istilah mencuri ahli-ahli dari mana-mana parti kerana GHB mensasarkan "target market" yang lebih besar iaitu pengundi baru dan bukan muslim," katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger