Berita khalid, saifuddin selesai luar mahkamah "dispin"
Written By Wadah Baru on Ahad, 16 Ogos 2015 | 2:50 PTG
Oleh Mohamed Hanipa Maidin
Tidak disangka apabila Saifudin Nasution dan Tan Sri Khalid Ibrahim menyesaikan kes M,ahkamah mereka secara baik ( amicable settlement ) dengan kedua dua pihak merekodkan penghakiman persetujuan maka ada pihak yang bertindak sebagai spin doctor dengan men'spin' berita tersebut untuk kepentingan politik pihak tertentu
2.Maka dispin berita tersebut bagi menunjukkan kehebatan pemimpin tertentu yang mempunyai kekuatan firasat yang mampu melihat sesuatu perkara dengan cahaya sekaligus meletakkan pemimpin terssbut di maqam yang tinggi . Secara tersiratnya spin doctor itu ingin membawa messj ini-terbukti keputusan pemimpin yang membela TSKI dan mempertahankan TSKI sebagai MB Selangor dulu adalah betul dan tepat atas alasan Saifudin telah minta maaf kpd TSKI di Mahkamah.
3. Dengan hormat saya katakan cetek dan naifnya spin doctor tersebut. Adakah mereka membaca terma terma penghakiman persetujuan itu "in toto" (secara penuh ) sebelum diputar berita tsbt ..ini kerana jika dibaca secara penuh penghakiman persetujuan tsbt sudah tentu mereka yang jujur tidak akan menspin sebegitu rupa. Kenapa tidak di spin bahawa TSKI juga minta maaf kepada Saifudin dalam penghakiman persetujuan itu ?
4. Mengapa pula tidak di spin pemimpin yang dikata mempunyai firasah yang hebat itu juga sebelum ini pernah di saman di Mahkamah dalam kes tuntutan fitnah dan meskipun beliau menang tapi Mahkamah dalam masa yang sama menyatakan apa yang beliau ucapkan ke atas pemimpin PKR adalah fitnah..bagaimana pemimpin yang ada kekuatan firasah boleh dikatakan oleh Mahkamah mengeluarkan kata kata fitnah...kenapa tak di spin keputusan Mahkamah tersebut...kenapa wujudnya spin berpilih dalam isu mahkamah ini ?
Wallahu a'lam..
Mohamed Hanipa Maidin
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan