Home » » Dia Mat Sabu ..

Dia Mat Sabu ..

Written By Wadah Baru on Isnin, 3 Ogos 2015 | 4:20 PTG


Tuan Hj Mohamad Sabu, atau lebih mesra dengan panggilan Mat Sabu, bukanlah nama yang begitu besar dalam arena politik tanahair, tetapi dia punya keistimewaan sendiri di kalangan peminat politik. Beliau seorang tokoh yang sederhana, hidupnya sederhana, sikapnya sederhana, dan profil politiknya juga sederhana.

Beliau aktif bersama ABIM sebelum menyertai PAS. Dia menyertai PAS setelah PAS kalah di Kelantan tahun 1978. Waktu itu, PAS berada dalam keadaan yang sangat lemah. Waktu PAS dalam keadaan yang lemah itulah, Mat Sabu menyertai PAS. Dia bukan menyertai PAS ketika PAS kuat. Dia menyertai PAS setelah PAS baru saja hilang kuasa kerajaan negeri di Kelantan. Dia punya visi untuk menguatkan PAS dan mengembalikan PAS ke arus perdana politik tanahair.

Penyertaan beliau di dalam PAS dibuat bukan kepalang. Merengkok dalam ISA dan dibuang daerah. Ditangkap puluhan kali. Didakwa atas pelbagai tuduhan. Mengalami kecederaan semasa demonstrasi.
Itulah sikap Mat Sabu. Ketika beliau dalam ABIM, beliau berikan 100% komitmen pada ABIM. Ketika beliau bersama PAS, dia berikan seluruh hidupnya dan kesetiaannya kepada perjuangan PAS. Dia bukan jenis manusia mencari kepentingan. Bukan jenis manusia kepalang tanggung. Dia Mat Sabu. Dia tidak pandai berpura-pura. Ibarat kata Datuk Zaid Ibrahim, "In Mat Sabu, what you see is what you get. There is nothing artificial about him". Dalam kata lain, dia punya sosok peribadi yang transparen.

Krisis dalaman PAS membawa titik baru dalam hidupnya. Beliau sering menekankan tentang kepentingan manhaj muwajahah silmiyyah, menentang keganasan, menentang sekterianisma, menentang ta'sub buta, menentang kepura-puraan atas nama agama, menentang rasuah, tentang peri pentingnya amanah, ketelusan, dan urustadbir yang baik.

Beliau berkata dalam satu taklimatnya, "dalam ruang demokrasi kita perlu berjuang dengan tangan kosong (tanpa senjata). Ini sangat penting. Apabila kita mula pegang senjata, kita hilang legitimasi dalam perjuangan kita."

Beliau mahu Islam dibawa ke dalam masyarakat secara inklusif, progresif dan penuh kepedulian terhadap derita rakyat.

Tetapi, idealisma ini semakin terpinggir dalam parti yang dianggotainya selama beberapa dekad. Bukan sahaja idealisma ini terpinggir, malah tokoh-tokoh pimpinan parti yang bersama membawa dan menyokong idealisma ini juga tersisih, secara en-bloc tanpa ampun.

Mat Sabu mengaku dia tidak pandai bergaduh dan bertengkar sesama rakan dalam parti yang sama. Baginya, kalau dirinya dan idealisma yang diyakini sudah tidak ada tempat lagi dalam parti yang dianggotainya maka jalan penyelesaian terbaik ialah membuka wadah baru untuk memastikan mesej Islam rahmatan lil aalamin dalam bentuknya yang inklusif, progresif, amanah dan peduli terus dapat di bawa ke dalam masyarakat. Ini adalah pilihan paling jujur yang beliau boleh lakukan. Pasti ada kebaikan dan keburukan ke atas pilihan ini. Tapi, manusia mesti membuat pilihan bila tiba masanya untuk membuat pilihan. Manusia yang jujur akan membuat pilihan yang jujur, walaupun sukar. Amat sukar sebenarnya!

Kecaman demi kecaman ke atas beliau tidak beliau pedulikan. Pelbagai provokasi dibuat. Beliau langsung tidak menjawab kecaman tersebut. Beliau sangat fokus untuk memposisi wadah baru ini dalam arus perdana politik tanahair. Dia mahu idealisma yang selama ini diperjuangkan terus dapat dikembangkan.

Allah Maha Adil. Manusia seperti Mat Sabu ini ada penolong-penolongnya yang sanggup sama-sama membantu beliau disaat susah mahupun senang. Mat Sabu tidak menjadi manusia terbuang begitu saja. Beliau dikutip dan digilap untuk terus bercahaya. Permata kecil ini masih ada nilainya untuk kita. Masih ada peranannya untuk agama dan negara.

Samada beliau berjaya atau tidak dalam perjuangannya, ia akan hanya diketahui bila tiba masanya. Tetapi, dia telah membuktikan dirinya adalah pejuang yang teguh dengan prinsip dan sanggup berhadapan dengan apa jua cabaran untuk mengangkat apa yang diyakininya.

Dia tidak takut menempuh jalan sukar.

Dia Mat Sabu. Semoga Allah merahmatinya.

3 ulasan:

  1. Mengapa PAS yang sebelum ini merupakan parti "ORANG KAMPONG" dan apaila dengan kerja keras yang di usahakan oleh insan saperti Mat Sabu sehingga mampu membuka mata bangsa asing, PAS dengan "KETOLOLAN" nya sanggup "MENYEPAK" keluar insan ini dan yang seangkatan dengan nya. Perbutan PAS yang konon nya di dokong oleh para "LEBAI" ini sukar untuk di mengerti kan.

    Ayuh abang Mat Sabu dan rakan rakan gembeling lah tenaga kamu untuk melakukan perubahan. Saya percaya bahawa ramai di luar sana menaruh harapan yang tinggi di atas keujudan wadah baru yang di nanti nanti kan.

    BalasPadam
  2. teruskan bang mat....allah mengetahuai siapa yang ikhlas, doa orang zalim dimakbul,
    pemimpin yang menunjukkan contoh dan tak cakap kosong, saya takkan lupakan peristiwa abng mat ditangkap dijuru sewaktu balik dari majlis perkahwinan

    BalasPadam
  3. Abang Mat Sabu seorang yang istiqamah dalam perjuangan menentang kemungkaran dan penyelewengan Umno. Ulama suci murni mana sanggup turun padang. PAS akan rugi besar kehilangan aktivis yang berani seperti Abang MAt Sabu dan geng2

    BalasPadam

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger