Oleh TAN SRI MUHYIDDIN MOHD YASSIN
40 tahun berjuang tapi masih dianggap khianat
Saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada YB Khairy Jamaluddin, ketua pemuda
Umno, dan barisan exco pemuda Umno Malaysia atas kenyataan berani
mengenai hal ehwal negara khususnya tentang isu yang menjejaskan imej
negara seperti 1MDB dan derma politik RM2.6 bilion kepada perdana
menteri.
Saya amat menghormati dan menghargai pandangan berani
ketua Pemuda yang saya percaya dibuat berlandaskan prinsip kebenaran
dan keadilan yang teguh berpandukan ajaran Islam.
Saya
juga ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih atas
sokongan Saudara Khairy kepada kedudukan saya sebagai timbalan presiden
Umno yang dipilih oleh para perwakilan dalam pemilihan parti.Ucapan
penghargaan dan terima kasih juga saya tujukan kepada sahabat-handai,
ahli-ahli Umno akar umbi dan rakyat Malaysia yang tidak putus-putus
memberikan sokongan, dorongan dan kata-kata semangat kepada saya supaya
meneruskan perjuangan menegakkan kebenaran demi menyelamatkan Umno,
bangsa Melayu dan rakyat Malaysia seluruhnya.
Saya menyokong sepenuhnya pendirian Pemuda UMNO dalam meletakkan semula Malaysia pada landasan yang betul.
Saya ingin mengingatkan jika kita gagal menangani kemelut yang melanda negara kita secara berani dan berdepan atau “take the bulls by the horns”, saya bimbang Malaysia akan terjerumus ke dalam kancah negara yang gagal (failed state).
Iklim
ekonomi dunia yang tidak menentu, nilai ringgit yang semakin merudum,
kemelut politik yang luar biasa, kenaikan harga barang dan kos sara
hidup, kebanjiran warga asing yang tidak terkawal dan sentimen pelabur
yang dingin terhadap Malaysia merupakan bibit-bibit yang boleh
menyebabkan Malaysia menjadi sebuah negara yang gagal.
Mudah-mudahan Allah SWT menjauhi kita daripada sebarang malapetaka, na’uzubillahi min zalik.
Langkah pembetulan
Atas
kesedaran inilah saya tidak putus-putus mengingatkan rakan-rakan saya
di dalam kerajaan supaya mengambil langkah-langkah pembetulan dengan
segera.
Sebagai timbalan presiden Umno, saya menyampaikan
kebimbangan saya melalui platform parti, iaitu di dalam mesyuarat Majlis
Tertinggi dan ketika merasmikan mesyuarat-mesyuarat perwakilan Umno
bahagian yang saya dijemput hadir sebagai perasmi.
Saya
lakukan ini kerana saya sayangkan Umno. Pemimpin datang dan pergi,
tetapi parti mesti terus kukuh dan utuh untuk meneruskan perjuangan
membela agama, bangsa dan negara.
Namun, malangnya terdapat segelintir individu di dalam Umno sendiri yang lantang mengkritik saya.
Lumrah
apabila seseorang itu tidak lagi berjawatan tinggi di dalam kerajaan,
maka akan ada segelintir manusia yang tidak lagi menghormati, malah
mengecam kita.
Mereka ini ada antaranya yang pernah saya bantu ketika saya berada di dalam kerajaan.
Mereka
menuduh saya menjadi pengkhianat, menuntut supaya saya dihadapkan ke
Lembaga Disiplin dan mendesak saya supaya meletak jawatan.
Seorang
ketua Bahagian di negeri Selangor antara yang paling kuat mendesak
saya meletak jawatan sedangkan ahli di bahagiannya sendiri menuntut dia
meletak jawatan.
Jangan mudah menuduh
Semua ini dibuat semata-mata kerana saya bercakap benar demi untuk menyelamatkan parti.
Kepada mereka ini ingin saya ingatkan, sejarah sumbangan saya kepada Umno cukup panjang.
Saya telah berjuang di dalam UMNO lebih 40 tahun.
Malah,
ketika Umno diharamkan dahulu, saya mengambil tanggungjawab untuk
membina semula Umno di Johor sehingga Umno kembali kuat dan negeri Johor
menjadi penyumbang terbesar kemenangan Umno dan BN dalam setiap
pilihan raya umum.
Saya juga tetap setia bersama parti ketika Umno menghadapi pelbagai krisis.
Jadi, janganlah terlalu mudah menuduh saya sebagai pengkhianat dan mendesak saya meletak jawatan.
Namun,
semua ini tidak akan mematahkan semangat saya, apa lagi melemahkan
daya juang saya untuk terus membela maruah agama, bangsa dan negara.
Saya
yakin bangsa Melayu tidak akan menjadi bangsa yang dihina selagi kita
berpegang teguh kepada ajaran Islam, menjadikan prinsip kebenaran dan
keadilan sebagai panduan dalam kehidupan dan dipimpin oleh pemimpin yang
amanah dan bertakwa kepada Tuhan.
Kepada Allah saya berserah.
Lumrah bila tidak ada lagi berjawatan tinggi ...
Written By Wadah Baru on Khamis, 27 Ogos 2015 | 11:28 PG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan