Home » , » Mohon Pendedahan Terperinci Dari YAB Dato Menteri Besar Kedah Mengenai Isu Balak Kedah

Mohon Pendedahan Terperinci Dari YAB Dato Menteri Besar Kedah Mengenai Isu Balak Kedah

Written By Wadah Baru on Rabu, 19 Ogos 2015 | 3:46 PTG

Oleh Sulaiman Ibrahim@LemanRL

Berdasarkan kenyataan Menteri Besar kedah Dato Paduka mukhriz dlm dewan undangan negeri bahawa permit diluluskan di zaman pentadbiran parti Pas itu, kami mohon yab mb dedahkan semua kelulusan yg dibuat semasa zaman pemerintahan kerajaan PAS terdahulu.

Rakyat masih tertanya2 dengan lambakan balak dan deretan keluar masuk lori balak disesetengah tempat bg mengetahui perkara yg sebenar.

Apa yg diketahui bahawa kelulusan semua penebangan balak samada tebang habis atau secara berperingkat dikopartmen yg diluluskan lesen penebangan adalah berakhir pada bulan Jun 2015 darpida kerajaan yg lama.

Adakah dalam masa pemerintahan kerjaaan BN sekarang tiada kelulusan dari pihak kerajaaan negeri kedah sekarang? Ini menjadi satu tanda tanya rakyat dibawah kerana tiada langsung pendedahan maklumat berkenaan pendapatan yg dibentangkan samada keuntungan dari hasil balak tersebut.

YAB Dato Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir, harus kemukakan seperti diketahui, proses mengeluarkan lesen tersebut memakan masa yang panjang bermula dari proses permohonan, kelulusan, dan penandaan.kesemua projek atau konsesi ini, kelulusan telah dikeluarkan sebelum kerajaan pas.

Sehubungan itu, kami ingin persoalkan bahawa , adakah kerajaan BN sekarang mengeluarkan lesen penebangan balak setelah mengambil alih pimpinan daripada PAS?

Apa yg kami ketahui kerajaan negeri telah mengenal pasti enam lokasi melibatkan kawasan seluas 2,000 hektar bagi menggantikan kawasan Hutan Simpan Kekal Bukit Peranginan Wang Perah yang dicabut keluar statusnya bagi melaksanakan projek pembangunan pertanian ,enam kawasan itu membabitkan kawasan Bukit Saiyong, Genting Iboi, Ulu Muda Tambahan, Kemunting, Tiang Layar, dan kawasan Hutan Simpan Bukit Keramat.

Hutan Simpan Kekal Bukit Perangin Wang Perah itu telah diberikan kepada Perbadanan Setiausaha Kerajaan (SSI) untuk pembangunan kawasan pertanian getah berfasa, yang bukan sahaja mampu memberikan peluang kepada kerajaan, malah menyumbang kepada hasil pendapatan negeri.Bagaimana pula penebangan balak dikawasan puncak janing ,ampangan Ahning dan perik ?

Adakah ianya dari kelulusan kerajaan Pas yg lama ?

Surat hak milik juga sudah dikeluarkan kepada SSI dan pihaknya mendapati kawasan itu mengalami pencerobohan oleh peneroka haram.Sila dedahkan dengan tepat supaya perkara ini diselesaikan segera.

Harapan Baru kawasan Sik mohon pendedahan yg amanah berkenaan hutan simpan kekal yg telah dicabut statusnya dan memohon mendedahkan daripada kerajaan mana yg meluluskan ? siapa yg mendatangani perjanjian syarikat konsesi ? Bila ianya diluluskan ?siapa yg terlibat?

Kami dari harapan baru Kawasan Sik mencabar YAB Dato mendedahkan penyelewengan tersebut sekiranya ada melibatkan individu atau syarikat yg memainkan peranan dibelakang.

Kita harap sesuatu kerajaan yg telus dalam menangani isu balak negeri kedah supaya tidak melindungi mana2 pihak dan bermain tarik tali didalam arus media.Rakyat inginkan penjelasan yg tepat dalam isu ini.

Sulaiman Ibrahim@LemanRL
Pengerusi
Harapan Baru Kawasan Sik
S.k Sinar
S.k Sinar Online
S.k Berita online
S.k Bloger
S.k KiniTv
S.k Berita Rakyat Online
S.k Harapan Baru Negeri Kedah
S.k Harapan Baru Pusat

0 ulasan:

Catat Ulasan

Follow by Email

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger