Home » , » Sokong saranan Misbah, wujud segera majlis tahkim

Sokong saranan Misbah, wujud segera majlis tahkim

Written By Wadah Baru on Rabu, 19 Ogos 2015 | 10:53 PG

Oleh Adib Faisal Bin Yaacob

1. Saya menyokong saranan yang telah dibuat oleh Timbalan Pesuruhjaya (TPJ) PAS Negeri Perak berkenaan keperluan diadakan sebuah Majlis Tahkim bagi menyelesaikan kemelut antara PAS dan Harapan Baru.

2. Sebagai perkumpulan yang berasal daripada akar yang sama dengan PAS, saya merasa adalah tidak sukar untuk Harapan Baru bersetuju dengan saranan TPJ PAS Perak itu.

 Bahkan ianya mungkin juga ditunggu-tunggu oleh mereka berdasarkan alasan-alasan yang dikemukakan oleh pendukung Harapan Baru yang menyatakan tindakan mereka mewujudkan Gerakan Harapan Baru adalah disebabkan berlakunya ketidak-adilan (baca:kezaliman) yang wujud dalam PAS.

3. Saya memandang serius akan perkara ini kerana selalu parti politik Islam, PAS harus bersih daripada perkara-perkara seumpama ini. Tuduhan-tuduhan yang dilontarkan itu seharusnya dibuktikan dan PAS sebagai Abang Besar harus berjiwa besar menyediakan medium seperti Majlis Tahkim ini sebagai medan bagi menyelesaikan isu yang berbangkit 'once and for all'.

4. Saya juga melihat, dengan terlaksananya Nadwah Ulamak Nahdiah Jadidah (NUNJI) dan pengisytiharan Parti Amanah Rakyat, GHB kini dah melepasi tahap 'point of no return'. Saya juga merasakan sudah tiada gunanya untuk mana-mama ahli PAS untuk memujuk sahabat-sahabat kita yang cenderung bersama GHB. Ia hanya membazir masa dan tenaga kita. Namun tidaklah perlu juga untuk kita mengeluarkan perkataan-perkataan berbaur egois ketika mengulas tindakan sahabat-sahabat yang menyertai GHB. Saya bimbang sikap ego kita kelak akan merosakkan amalan ikhlas kita di sisi Allah.

5. Untuk menghadapi karenah-karenah politik Umno dan Barisan Nasional, PAS perlu mengambil langkah yang berhati-hati namun penuh bijaksana di dalam menyatukan semua parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) agar sebuah ketumbukan baru dapat dibentuk yang akan dapat menyelamatkan Malaysia daripada kezaliman dan kebobrokan Umno dan Barisan Nasional. Di luar sana, saya yakin masih ramai rakyat yang mengharapkan agar PAS yang memimpin perubahan dan bukannya pihak lain.

6. Justeru itu, saya mengharap saranan TPJ PAS Perak ini mendapat perhatian yang sewajarnya daripada YBhg. Tuan Guru Dato' Mursyidul Am PAS, YB Dato Seri Tuan Guru Presiden PAS dan seluruh kepimpinan PAS semua peringkat.

Beristiqamah dengan Kebenaran
Beritiqamah hingga Kemenangan

Adib Faisal Bin Yaacob
Naib Ketua Pemuda
Pas Kawasan Kota Bharu

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger