Oleh Mohd Sazman Abd Samat
PAS sekarang sedang berimaginasi. Mereka masih menganggap mereka kuat kerana PKR sangat mengharapkan mereka untuk bersama membentuk Pakatan 2.0.
PKR sebuah parti yang suka 'play safe'. Dengan penyertaan Amanah dan DAP dalam Pakatan 2.0 rasanya mustahil untuk PAS duduk bersama dalam Pakatan 2.0. Duduk bersama bermakna mereka merestui Parti Amanah dan menerima kembali DAP.
Sudah pasti PAS akan bersendiri dan kata mereka, mereka ingin bertanding di semua kerusi DAP bertanding. Jika mereka juga bermusuh dengan PKR bermakna mereka juga akan bertanding di kerusi yang ditandingi PKR.
Tidak mustahil kerana sebelum ini walau berpakat pun mereka sanggup meletakkan calon di kerusi yang ditandingi PKR. Inikan pula apabila tidak bersama. PAS sudah semestinya mempunyai calon dan jentera di seluruh pelusuk negara. Bila-bila dan di mana-mana sahaja mereka boleh meletakkan calon mereka. Menang atau kalah bukan penentu.
PKR tidak mahu bersengketa dengan PAS. Walau berpisah nanti, mereka tidak mahu PAS meletakkan calon mereka di kawasan yang mereka tandingi.
Pastinya, setiap parti politik bijak bermain politik. Jangan terlalu mudah dipermain dan mempermainkan. Setiap parti yang bijak menyusun strategi sudah pasti akan menang. Namun tang masih lena dan bermimpi, sudah pasti kan ditinggalkan
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan