Oleh Mat Kuantum
Ada orang tegur bahawa saya terlalu keBaratan dan
membawa budaya luar negara ke Universiti Malaya (UM) setelah pulang dari
luar negara. Dalam mesyuarat, saya memang kritik sungguh-sungguh dan
memberi idea-idea bernas. Lepas habis mesyuarat, saya terus masuk makmal
untuk buat eksperimen. Orang lain minta mesyuarat 2 bulan sekali, tapi
saya mesyuarat 2, 3 minggu sekali.
Orang lain jarang hantar laporan selepas mesyuarat, tetapi saya hantar laporan pada malam selepas mesyuarat.
Saya selalu datang kerja pukul 6:15 pagi dan balik pukul 7:45 malam.
Tanyalah siapa dalam UM yang bekerja serajin saya. Banyak alatan dan
bahan kimia yang saya beli guna duit gaji saya sendiri, bukan duit
research grant. Saya memang dedicated & committed dengan kerja saya.
Jadi, sangat jarang ada bos yang tahan dengan kritikan dan
perangai saya. Budaya rajin ini memang sudah dipupuk sejak saya
disekolah menengah lagi.
Dulu, saya tidak tidur malam buat
latihan soalan Matematik Tambahan (Add Maths). Hasilnya, percubaan SPM
peringkat negeri Perak, saya dapat 98% untuk Add Maths. Bila sambung
belajar ke Melbourne, saya baca secara purata 4 buah buku seminggu
sewaktu semester akademik.
Bila sambung PhD di New Zealand,
saya tidak tidur 2, 3 hari seminggu dan tinggal di makmal untuk siapkan
eksprimen dan analisis data. Sewaktu bekas supervisor first degree saya
di Melbourne datang ke New Zealand, soalan pertama dia tanya kepada
supervisor PhD saya adalah, adakah saya bekerja keras (24 hours/7days).
Supervisor PhD saya pesan, jangan keluar dari makmal selagi tak dapat
keputusan bagus untuk eksperimen. Jadi, apabila saya bekerja keras dan
berdedikasi, saya berhak melontarkan kritikan untuk pastikan bahawa "l
am working on the right track and making something worthy." Maka, saya
tidak faham kenapa orang Malaysia tidak boleh terima cara saya bekerja.
Paling saya tak faham, kenapa bercakap terus terang dan mengkritik
dianggap biadab. Sedangkan saya tidak menggunakan bahasa kesat/kasar,
sinis atau sarkastik. Supervisor PhD saya pesan, 'as a scientist, you
must speak in a clear and precise language.' (terjemahan: sebagai
saintis, kamu mesti cakap dengan bahasa yang jelas dan tepat).
Jadi, saya memang tidak suka cakap berlapik kerana ia mengundang
keraguan (syubhah/double meanings) dan agama menolak syubhah. Kenapa
perlu kata bahawa cakap berlapik itu beradab? Siapa yang ajar? Why must
you invoke double meanings and call cakap berlapik as an adab
(etiquette)? It just doesn't make sense to me.
Dalam mesyuarat
tak boleh kritik dan cakap terus terang tetapi di luar mesyuarat kuat
mengumpat. Siapa ajar mengumpat ini? Agama tak ajar mengumpat. Saya
tidak ada masalah apabila orang tuduh saya ajen Barat. Malah saya
berbangga menjadi ajen Barat dan membawa budaya Barat (yang baik-baik)
ke Malaysia setelah 7 tahun belajar di luar negara (Australia dan New
Zealand).
Sayalah ajen Barat, bukan Anwar Ibrahim. Apabila saya
mengkritik orang Malaysia terutamanya melayu, saya kritik tentang sikap
dan perangai yang malas dan penting diri.
Bukannya saya
menghina intelek atau paras rupa. Adakah kerana budaya malas dan penting
diri menjadi dominan, maka apabila melihat saya rajin bekerja dan
berdedikasi, ia dianggap sesuatu yang asing (alien)? Senang cerita, saya
memang tak sesuai kerja di Malaysia kerana saya terlebih rajin dan
kritikal.
Orang Malaysia tidak suka orang rajin dan kritikal,
mereka suka pengampu. Mujurlah bos saya juga belajar di United Kingdom
untuk first degree dan PhD. Jadi, dia agak faham saya sedang memberontak
dan melawan sistem yang mengarut dan menyusahkan di UM. Apa masalah
orang Malaysia ini sebenarnya?
Tidak faham dengan perangai orang Malaysia
Written By Wadah Baru on Selasa, 13 Oktober 2015 | 4:08 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan