Home » » Adakah demokrasi itu juga penyertaan politik?

Adakah demokrasi itu juga penyertaan politik?

Written By Wadah Baru on Isnin, 23 November 2015 | 3:35 PTG

Oleh Saufi Arif

Dalam kita memahami pengertian demokrasi, usah kita menolak kepentingan penyertaan politik sebagai satu elemen penting dalam menjalinkan demokrasi yang tulen.

Penyertaan politik yang bagaimana dimaksudkan? Adakah hanya dipelopori golongan “politician” pembangkang? Golongan kapitalis? Golongan elit? Kakitangan awam dan swasta? Mahasiswa? Masyarakat desa?

Kalau difahami secara konseptual atau literal, penyertaan politik adalah satu orientasi masyarakat untuk merubah. Pada masa yang sama, penyertaan politik dapat difahami melalui kegiatan masyarakat sivil dengan tujuan untuk mempengaruhi keputusan kerajaan melalui individu ataupun kelompok untuk bersifat mendesak perubahan untuk memperbaiki pembangunan demokrasi, ekonomi, politik serta taraf hidup masyarakat.


Penyertaan politik bukan hanya melalui pembuangan undi dalam peti, tetapi juga boleh diterjemahkan melalui demonstrasi, desakan melalui badan bukan kerajaan dan juga sukarelawan masyarakat. Penyertaan politik bukan hanya terjadi jika mana sesuatu hak itu atau akan dicabuli, jika hak itu tidak dicabuli maka tiada penyertaan politik berlaku dalam masyarakat sivil. Jika itu, maka ia adalah kepalsuan dalam proses pendemokrasian masyarakat.

 Dalam kata lain ialah, penyertaan politik memerlukan idealisme, aktivisme serta komitmen secara berterusan untuk menjaga “kuasa” masyarakat supaya tidak dipermainkan kerajaan. Disebabkan yang demikian, masyarakat sivil memiliki “kuasa” dalam menstrukturkan kehidupan pentadbiran yang masyarakat inginkan dalam sesebuah negara.

Dengan adanya “kuasa” masyarakat, maka secara tidak langsung pendemokrasian akan berlaku secara semula jadi. Dengan adanya “kuasa” masyarakat juga maka kerajaan dapat diwujudkan melalui pilihan raya.

Dengan ini dapat digambarkan, masyarakat sivil memiliki “kuasa” dalam menetapkan atau mengubah suasana demokrasi jika terdapat keperluan. Namun begitu, dalam menghadapi kerencaman permasalahan manusia, penyertaan politik tidak mendapat dokongan yang bersifat solid dalam lapisan masyarakat.

Tidak tahu di mana silapnya? Adakah kerana, masyarakat merasakan jika permasalahan itu tidak menjejaskan serba serbi kehidupan mereka maka mereka tidak perlu untuk “public participation”.

Kalau kita lihat tentang sejarah “public participation” alaf baru kini iaitu Bersih, penglibatan lapisan masyarakat keseluruhannya juga tidak bersifat “total”. Saya tidak katakan Bersih gagal sepenuhnya namun what next? Namun, penglibatan masyarakat perlu diberi ilmu untuk memahami akan keperluan untuk penyertaan politik secara konsisten demi menjaga “kuasa” masyarakat.

Masyarakat harus sentiasa menanamkan dalam jati diri mereka, rakyat adalah “tuan” dalam sesebuah negara. Justeru, untuk menjaga status “tuan”, maka penyertaan politik adalah mekanisme seimbang dalam menjaga pendemokrasian negara untuk Malaysia yang lebih baik. .

* Penulis merupakan Pelajar Semester Akhir Kajian Politik & Pemerintahan Fakulti Sains Sosial Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger