Oleh Mohd Sayuti Omar
Hormat semua. Pagi ini tertengok dan terdengar ceramah Adun Kok
Lanas sdr Md Alwi Che Ahmad dalam klik video dalam wall Hj Hashim Omar
yang menceritakan macam mana dia bantu membawa Presiden Pas Abdul Hadi
Awang dan Timbalannya ketika itu Nasharuddin Mat Isa masuk berjumpa
dengan Abdullah Ahmad Badawi di Seri Perdana.
Kata Alwi beliau
membantu Pas kerana atas permintaan Pas yang ingin berjumpa dengan PM
Pak Lah bagi membincangkan masalah Melayu kemudian menubuhkan kerajaan
Perpaduan, dengan Pas bersama Umno.
Cerita Alwi orang yang
menghubungi beliau untuk buat temu janji dengan Pak Lah ialah Salahuddin
Ayub yang ketika itu Naib Presiden. Katanya dia tanya Salahuddin siapa
yang suruh, jawab Salahuddin, bosnya (presiden).
Menurut Alwi,
Salahuddin mintanya membantu kerana sudah lama cuba untuk jumpa PM
tetapi tidak berjaya. Lalu katanya dia bagi jaminan untuk mempertemukan
Hadi dengan Pak Lah demi kepentingan Islam dan Melayu. Presiden Pas dan
Timbalannya itu masuk ke Putrajaya dengan menaiki kereta Volvo Alwi.
Tidak disebut apakah Setiausaha Agung ketika itu Mustapa Ali ikut sama
atau tidak? Boleh jadi Mustapa ditinggalkan dipintu pagar dan hanya
memonitor dari jauh sahaja.
Menurut Alwi perjumpaan itu
berlangsung panjang dari Asar sampai Maghrib, dan sempat berjemaah.
Sebelum berjumpa Pak Lah, Hadi ditempatkan di perpustakaan di pejabat PM
dijamu dengan pisang goeng dan air.
Antara butiran perjumpaan
itu, Hadi mengemukakan cadangan supaya menyegerakan menubuhkan kerajaan
perpaduan demi kepentingan Melayu dan Islam. Pak Lah bertanya kepada
Hadi macam mana dengan Nik Aziz (Tokguru). Hadi menjawab mengikut versi
Alwi itu, "kita tinggalkan Nik Aziz."
Pak Lah teralat dengan
ucapan dan kata-kata Hadi itu dan mentakwilkan Nik Aziz tidak boleh
ditinggalkan sebab dia Mursyidul am Pas, dan orang tua. Lantas dibalas
jawab oleh Hadi, "dia tak datang mesyuarat, kalau datang pun dia tidur".
Astaghafirullahadzim.
Demikian cerita Alwi dan saya berharap
sangat Alwi tidak menokok tambah cerita ini, kerana tidak sampai hati
saya mendengar seorang pemimpin Pas yang lain menghina dan merendahkan
pemimpin yang lain. Versi ini juga diceritakan Alwi kepada saya semasa
kami di Makkah tahun 2014 dan ia tidak berubah.
Dengan cerita
Alwi ini, persoalan dibangkitkan Husam Musa terjawab dengan kemas,
bahawa dakwaaan Husam yang kemudian cuba hendak dinafikan Mustafa Ali
itu tidak perlu diperpanjangkan lagi. Alwi adalah saksi akil baligh dan
cukup syarat (mukalaf) untuk diterima sebagai mengesahkan pendedahan
Husam yang dianggap sebagai satu fitnah itu.
Saya hendak tegaskan
di sini, dari prinsip saya, cadangan atau hasrat Haji Hadi untuk
mempersatukan Pas dengan Umno itu baik atas maslahat ummah dan agama.
Cuma apa yang jadi masalahnya, agenda yang baik itu dilakukan menerusi
pintu belakang, tanpa dimaklumkan secara berterus terang kepada pimpinan
yang lain.
Sebab itulah sesuatu niat yang baik itu kalau tidak
bijaksana melaksanakannya akan gagal dan menimbul fitnah besar kemudian
membawa musibah pula kepada parti dan perjuangan. Dan apa yang sedang
dialami oleh Pas kini adalah kerana kelemahan tindakan pemimpin
berkenaan. Walahu'alam, dan sejarah kena ditulis dengan penuh kejujuran.
Trims
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan