Oleh Dr Maza
Hari ini saya terfikir, alangkah indahnya jika PAS dapat membaiki dan
mengimbangi UMNO dengan mengujudkan hubungan yang matang, tegas tapi
mesra.
Idea TG DS Abdul Hadi itu mungkin boleh direalisasikan. PAS dan
UMNO saudara seakidah.
Jika kita fahami, mereka sebenarnya tidak jauh
dari segi watak dan idealisme.
PAS yang dulu mungkin jauh dari UMNO. PAS
hari ini hampir menyamai UMNO dari segala segi melainkan perbezaan
nama, kopiah dan songkok sahaja.
Itupun bukan soal pokok. Jika
PAS dan UMNO dapat menjadi sahabat baik yang berpesan-pesan kepada
kebaikan dan kebenaran, serta mencegah kemungkaran, mungkin banyak
manfaatnya.
PAS telah mencuba bergabung dengan pakatan pembangkang
berulang kali tapi nyata gagal.
Gagal disebabkan sifat parti dan
idealisme yang dipegang.
PAS patut mencuba dengan UMNO secara lebih
serius.
Mana tahu, mungkin di sana ada kebaikan untuk umat dan negara.
PAS hari ini hampir menyamai UMNO dari segala segi
Written By Wadah Baru on Isnin, 16 November 2015 | 4:16 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan