Oleh HASANUDDIN MOHD YUNUS
1. Parti Amanah Negara (AMANAH) sangat prihatin terhadap kejadian tanah runtuh yang berlaku di kilometer 52.4 berhampiran Lentang-Bukit Tinggi, Lebuhraya Karak baru-baru ini.
2. AMANAH menyatakan simpati kepada mereka yang kehilangan, kerugian mahupun kerosakan harta benda.
3. AMANAH juga mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada para penjawat awam, pasukan beruniform dan sukarelawan yang telah bertungkus lumus memainkan peranan sewajarnya dalam mengendalikan kejadian ini dan menyelamatkan mangsa.
4. AMANAH berharap usaha-usaha memberi bantuan pasca bencana dilakukan secepat mungkin agar kerugian yang ditanggung oleh orang awam, pengusaha lori dan bas dapat dikurangkan.
5. AMANAH menjunjung kasih kepada DYMM Sultan Pahang yang akan memantau Kerajaan Negeri Pahang dan agensi-agensi di bawah kerajaan negeri dan akan membuat laporan terbuka punca kejadian.
6. Menyedari implikasi bahaya tanah runtuh sama ada berpunca daripada faktor manusia, cuaca atau struktur tanah, AMANAH mengesyorkan agar langkah-langkah segera, menyeluruh dan bersepadu dikenal pasti dan diambil bagi mengelak kejadian berulang. Sekiranya kejadian ini berpunca daripada kecuaian dalam pengurusan pembalakan; satu badan penyiasat bebas perlu diwujudkan.
7. AMANAH juga menyeru agensi-agensi yang terlibat secara langsung seperti Jabatan Alam Sekitar untuk membuat pemantauan berterusan dan mengeluarkan laporan penilaian kesan alam sekitar (Environment Impact Assessment, EIA) secara berkala dan telus untuk makluman orang ramai kerana pemeliharaan dan penjagaan alam sekitar adalah berkaitan dengan kepentingan dan keselamatan awam.
8. Bersama-samalah kita semua terus berdoa agar Allah s.w.t. yang Maha Berkuasa mengatur dan mentadbir seluruh alam, untuk melindungi kita daripada sebarang bahaya dan bencana sama ada dari darat, air atau udara.
"Harapan Baru"
HASANUDDIN MOHD YUNUS
Naib Presiden
Merangkap Pengerusi Biro Kebajikan, Kemanusiaan & Bencana Alam
Parti Amanah Negara
3 Safar 1437 H
15 November 2015
Tanah Runtuh: Keperluan Pemantaun Berterusan Kesan Alam Sekitar
Written By Wadah Baru on Isnin, 16 November 2015 | 3:56 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan