Sekalipun 'ubat' tetap mengekalkan bentuk dan rupanya, tetapi apabila 'power' dan 'fungsi'nya telah melewati
tarikh luputnya, ubat hanya akan tetap menjadi ubat dalam bentuk dan rupa.
'Ubat luput tarikh' adalah perumpamaan yang diberikan oleh Bekas Menteri Besar Terangganu kepada Mendiang Karpal Singh dan YB Lim Kit Siang dalam pilihanraya umum 2004, Bekas MB Terangganu itu 'berang' terhadap beberapa kenyataan dua orang tokoh politik DAP itu yang mengingatkan bahawa kerajaan pimpinan bekas MB itu akan tersungkur sekiranya bi'ah politik tidak berubah dan tidak diusahakan untuk diubah, namun yang dijawab balik hanya 'ubat luput tarikh'.
4 tahun selepas itu (2008), kedua dua parti yang dipimpin bekas MB dan
Karpal+LKS telah bekerjasama, pelbagai aktiviti bersama, kenyataan
bersama dan menifesto bersama pun dilancarkan, 'ubat' baru yang jangka
hayat disambung semula bergerak seiring.
Ketika itu, UMNO menjadikan DAP sebagai 'sasaran' serangan dan 'hantu' untuk takutkan Melayu, 'kalau sokong Pakatan Pembangkang, Dap akan perintah Malaysia' hujah dungu Umno disebarkan, 'kita kena jaga ketuanan Melayu, tengok Penang dah diperintah oleh Cina' hujah 'longkang' pemimpin Umno disebarluaskan oleh Utusan Meloya.
Hujah dangkal itu segera dijawab oleh Bekas Menteri Besar itu, 'kita kena tengok DAP bertanding berapa kerusi,?' 'Adakah Koh Su Kun itu Melayu?' Bersandarkan fakta dan angka mudah. Selama ini pun, DAP tidak pernah bertanding lebih dari 70 kerusi, 'yang kita kena buat adalah fahamkan Melayu supaya berubah menolak Umno yang telah banyak lakukan kesilapan dan jenayah di negara ini' kata bekas MB itu.
'Lebih baik minum kopi dengan DAP dari minum arak dengan UMNO' bekas MB itu berhujah mudah apabila ditanya 'kenapa sanggup bekerjasama dengan DAP tidak dengan UMNO'.
Hj Aziz, Pak Tam, Mat Saleh, Chin Kobota, Noriza, Mak Ngah, Lateb, Pak Id Kacang, Eddy, Kathy, Ah Kiaw, Muthusammy tersenyum 'puas' dengan hujah mudah bekas MB itu.
'Kita kena lanjutkan perjuangan ini, kita tak mahu diperbodohkan lagi oleh Umno' syarah bekas MB itu dengan suara serak basah di Dewan Dato' Fadzil Noor dalam sambutan nuzul Al Quran pada tahun 2012.
Tup tup, 2015....... semua hujah UMNO tentang DAP diungkapkan semula oleh Bekas Menteri Besar itu.
Soalnya 'adakah ubat telah luput tarikhnya'.... Sekalipun ia tetap 'ubat', tapi kalau dah luput tarikh, 'ubat' itu sudah tidak boleh diguna kalaupun tidak membahayakan.
Siapa 'ubat luput tarikh'?

0 ulasan:
Catat Ulasan