OLEH ZULKIFLI SULONG
Nik
Omar Nik Abdul Aziz, anak bekas mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz
Nik Mat,
diisytiharkan pada satu majlis malam ini sebagai salah seorang
pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan.
Beliau yang dilantik sebagai Pengerusi Panel Syariah Amanah Kelantan
diumumkan menyertai parti serpihan PAS itu pada majlis makan malam
Amanah negeri itu yang diadakan di Dewan Sivik Petaling Jaya.
Sebelum ini wujud desas-desus mengatakan Nik Omar akan menyertai
Gerakan Harapan Baru (GHB) yang ditubuhkan bekas pemimpin progresif PAS
yang meninggalkan parti itu selepas tewas dalam pemilihan parti Jun
lalu.
GHB yang ditubuhkan sebagai badan bukan kerajaan kemudiannya membentuk
Amanah yang dilancarkan secara rasmi pada hujung Ogos lalu.
Pada majlis malam ini, lebih 1,000 orang menyertainya sehingga mengejutkan pihak penganjurnya.
Ekoran itu, mereka terpaksa menambah meja dan kerusi bagi menampung
jumlah kehadiran yang besar itu sehingga mengganggu persiapan makanan
untuk mereka yang hadir.
Antara tetamu majlis makan malam itu ialah ketua pembangkang Datuk Seri
Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, Ketua
Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan bekas naib presiden PAS Datuk
Husam Musa.
"Kedatangan yang tidak dijangka pihak penganjur ini membayangkan
sokongan khasnya orang Melayu kepada Amanah di Kelantan," kata seorang
pemerhati politik yang turut menyertai majlis itu bagi melihat sendiri
sambutan yang diterima parti pimpinan Mohamad Sabu itu.
"Mat Sabu yang kini berada di Mekah untuk menunaikan umrah sudah tentu
gembira dengan sambutan ini," katanya sambil
mendengar alunan dikir barat yang dipersembahkan pendikir dari
Kelantan.
"Saya mohon maaf atas segala kekurangan majlis malam ini," kata
Pengerusi Amanah Kelantan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah menyedari
masalah yang dihadapi ekoran kedatangan di luar jangkaan itu
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan