Home » » Selamat datang Tahun 2016 ..

Selamat datang Tahun 2016 ..

Written By Wadah Baru on Sabtu, 2 Januari 2016 | 11:48 PG

Oleh S.Arutchelvan 

Sungguh lucu apabila Timbalan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Zahid Hamidi mahu jadi hero
apabila mengatakan semua rundingan sebelum itu termasuk kontrak lebuhraya tol, pemberian AP dan ERL adalah dibuat pada zaman Dr. Mahathir dan perjanjian ini adalah berat sebelah dan seperti najis yang disapukan keatas rakyat.

Namun beliau seperti Hang Tuah mahu mengatakan apa yang dipersetujui sebelum ini menjadi tanggungjawab bersama.

Persoalan saya adalah semua Syarikat yang menerima kontrak AP dan Tol adalah syarikat kroni UMNO. Maka jika UMNO betul-betul prihatin terhadap rakyat, mereka boleh meminta Syarikat-syarikat kroni mereka membuat rundingan semula atau tidak menaikkan kadar tol atau kadar keretapi pada masa rakyat sengsara. Namun kepentingan koperat melebehi kepentingan rakyat.

Maka kepentingan golongan kapitalis dan maha kaya terus menjadi agenda utama UMNO – baik Mahathir mahupun Najib. Sekarang mereka mahu menandatangani TPPA. Adakah kerajaan selepas Najib, akan berhujah bahawa ia memang satu perjanjian berat sebelah dengan Amerika Syarikat tetapi kita harus menerima sahaja tahi tersebut kerana ia adalah konsensus bersama yang dilakukan oleh kerajaan pada masa itu.

Selamat datang Tahun 2016 – Tahi dan najis yang disapukan selama ini masih terlekat di muka rakyat.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger