Home » » Hadi, apa selepas demo TPPA?

Hadi, apa selepas demo TPPA?

Written By Wadah Baru on Isnin, 25 Januari 2016 | 11:55 PTG

Oleh Rasyid Mansoor

Saya serba salah untuk hadir atau tidak ke demonstrasi Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA)
baru baru ini . Terdapat beberapa alasan saya sendiri yang membawa kepada keraguan itu.

Pertama, ia kelihatannya khusus untuk PAS sahaja. Dengan warna pakaian yang khusus untuk parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang, perancangan keselamatan dikuasai Unit Amal dan kekitaan yang sangat jelas di kalangan ahli parti hijau itu. Bagaimanakah saya mahu bersama?

Kedua, Hadi mengisytiharkan secara terbuka dan dengan penuh berani DAP mempertahankan TPPA kerana ingin pertahan perniagaan bangsa Cina di Malaysia.

Saya menanti kenyataan Hadi tentang pendirian MCA, Gerakan dan semua parti politik Barisan Nasional (BN) yang lain yang pertahankan TPPA. Saya bimbang saya termasuk dalam fatamorgana palsu kononnya “gerakan Melayu menentang TPPA yang dilaksanakan Cina DAP”. Buruk bunyinya.

Ketiga, saya teringat semasa Bersih 4 dicanangkan dan dilaung sebagai langkah sia-sia, keras, membuang masa, tidak boleh mengubah, mewujud ketidakstabilan politik, maka ustaz kecil PAS berdalil sana dan sini menyokong seruan-seruan itu.

Dalam demo TPPA ini, saya masih melihat ianya sama. Sama kejadian dan sama kesannya. Justeru, saya ragu-ragu.

Dengan 3 alasan berikut, saya hadir dengan lemah.

Tetapi apa yang lebih penting, apa tindakan kita rakyat jelata selepas demo ini? Terus memberi BN peluang memerintah?

Menasihati Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar tidak menyertai? Memberi BN bernafas baik sepanjang penggal pentadbiran ini, kemudian hanya ketika PRU 14 barulah kita mengkritik dan menyerang semahunya?

Apa yang saya bimbang, selepas ini TPPA dipandang sebagai bahaya buat Melayu tetapi syurga buat Cina.

Kemudian Melayu PAS terus membenci Cina yang berniaga kerana mereka adalah penyokong DAP. Bukan rasiskah begini?

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger