PETALING JAYA: PAS akan lebih mudah dan berkesan untuk menarik sokongan Melayu dan Islam
sekiranya perubahan drastik termasuk Datuk Seri Abdul Hadi Awang berundur sebagai Presiden parti.
Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin berkata, sekiranya perubahan itu dilakukan, ia dapat mengembalikan kedudukan Pas yang pernah dicampak keluar, sedangkan parti itu berpotensi untuk membina masa depan.
“PAS akan lebih menarik sebagai parti alternatif orang Melayu sekiranya Hadi berundur walaupun kedudukannya tidak seburuk Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Malah peletakan jawatan akan menampakkan keikhlasannya kepada rakyat bahawa beliau lebih mementingkan pemulihan PAS daripada kepentingan diri,” tulisnya di blog zamkata.blogspot.com.
Mengulas lanjut, Zainuddin yang lebih mesra dipanggil Zam menyatakan, PAS memiliki ramai pemimpin muda, berkaliber, besar dan bersih serta berintegriti.
“Tindakan ini akan menjadi suatu cabaran besar kepada Datuk Seri Najib Razak yang mahu terus bertahan walaupun tidak lagi dikehendaki rakyat,” ujarnya lagi.
Bagi Zam, kedudukan PAS kini lebih baik dari UMNO yang semakin hari semakin hilang kepercayaan rakyat khususnya bangsa Melayu.
“PAS berada dalam situasi yang lebih baik dari UMNO untuk menjadi pilihan kepada orang Melayu dan Islam di negara ini bagi menggantikan UMNO yang berpotensi akan hancur pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang,” jelasnya.
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan