Home » , » Berbeza Dalam Damai, Berkawan Dalam Dendam

Berbeza Dalam Damai, Berkawan Dalam Dendam

Written By Wadah Baru on Selasa, 12 Januari 2016 | 9:27 PG

Oleh Ridzwan Abu Bakar

Sekiranya kita menyorot sejarah ummah dalam apa bidang dan cabang pun, kita akan dapati bahawa
ummat sentiasa 'berbeza', kerana perbezaan itu adalah sebahagian dari sunnatullah.BERBEZA

Kerana 'berbeza'lah yang menyebabkan lahirnya pelbagai mazhab dan aliran kalam, kerana 'berbeza'lah lahirnya pelbagai manhaj perjuangan yang telah dilakukan oleh tokoh hebat zaman berzaman, kerana 'berbeza'lah hari ini kita punya pilihan untuk memilih dan terus memilih antara pelbagai 'legasi' yang ditinggalkan untuk diambil manfaatnya pada zaman ini.

Ketika 'berbeza', mereka masih mampu untuk 'berdamai', soalnya apa rahsia besar yang menyebabkan mereka mampu berdamai dalam perbezaan?

Kerana mereka mampu untuk 'tahu' dan 'faham' ketika mana dan apa sebab untuk 'berbeza'..... yang membezakan mereka adalah metodologi, manhaj, cara fikir dan kaedah memahami zaman, lalu mereka terus berbeza dengan saling tidak mengisytiharkan sesiapa antara mereka sebagai musuh.
HARI INI, 'ada' kalangan ummat yang hanya kerana 'berbeza' manhaj terus diisytiharkan 'bekas' sahabat sebagai musuh.

Malangnya, dalam lipatan tinta emas sejarah ummat, kita tak dapat padamkan tentang adanya 'ummat' yang ketika BERKAWAN pun mereka masih berdendam, itupun sebahagian dari sikap manusia yang tidak mahu tunduk kepada tuntutan pembersihan diri dan tidak mahu memahami sunnatullah dalam berinteraksi sesama insan.

'sejarah emas' ummat ini pernah di'conteng' dengan lahirnya golongan yang seperti ini, bahkan 'kerana' sikap dendam 'tak sudah' yang ada pada mereka telah menyebabkan nama baik ummat Islam tercalar apabila mereka sanggup berdendam terhadap 'kawan' - bahkan ada yang sanggup berdendam terhadap sahabat - kerana yang 'berbeza' tidak ditangani dengan benar, jujur dan tepat.

HARI INI : Sementara tangan kanan 'menandatangani' kesepakatan untuk 'terus' berkawan, dalam masa yang sama tangan itu dihulurkan untuk berdamai dengan 'musuh' bersama dengan hujah yang penuh dendam. Model politik apakah ini?

Marilah kita berdamai ketika berbeza, janganlah hendaknya berdendam dalam berkawan

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger