Home » , » Laporan: RM800 juta subsidi LPG tiris

Laporan: RM800 juta subsidi LPG tiris

Written By Wadah Baru on Isnin, 4 Januari 2016 | 2:02 PTG

Akibat ketirisan dan penyelewengan skim gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi kerajaan kehilangan
RM800 juta hanya untuk tahun lalu sahaja.

Sumber yang enggan dikenali mendedahkan, ketirisan itu berlaku berikutan penyeludupan dan penyalahgunaan bahan tersebut, lapor Utusan Malaysia.

Kerugian tersebut merupakan 40 peratus dari jumlah keseluruhan subsidi yang diperuntukkan oleh kerajaan bagi bahan tersebut iaitu RM2 bilion setahun.

“Bahan itu diseludup ke negara-negara jiran dengan menggunakan laluan darat dan laut, manakala penyalahgunaan pula melibatkan pihak industri khususnya kepada pengusaha restoran serta hotel,” sumber itu dilaporkan sebagai berkata.

Jelas sumber itu lagi, kerugian tersebut terjadi apabila sindiket tersebut memindahkan gas berkenaan dari tong bersubsidi ke tong industri yang sememangnya tidak diberikan subsidi.

“Contohnya mereka memindahkan tong dari tiga tong seberat 14kg setiap satu ke dalam sebuah tong industri seberat 50kg, Melalui anggaran kasar ini bermakna kerajaan kerugian sekitar RM62.58.
“Ini memandangkan setiap tong seberat 14kg, kerajaan memberikan subsidi sebanyak RM20.86 yang harga sebenar RM47.86.

“Ini baru kiraan untuk mengisi tong seberat 50kg yang sebenarnya memerlukan lebih tiga tong seberat 14kg setiap satu.

“Bayangkan berapa kerugian yang ditanggung jika penyeludupan melibatkan 10,000 tong LPG industri,” sumber tersebut dilaporkan sebagai berkata.

Jelasnya lagi, tong seberat 50kg dijual di pasaran gelap dengan harga RM150 berbanding harga sebenar RM169.50.

Katanya, angka kerugian akan meningkat lebih besar sekiranya bahan tersebut di seludup menggunakan lori tangki dan kapal tangki.

Sumber tersebut berkata, bahan itu diseludup menggunakan kapal ke beberapa negara seperti Laos, Thailand dan Vietnam.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger