Home » , » Manipulasi isu perkauman dan keagamaan

Manipulasi isu perkauman dan keagamaan

Written By Wadah Baru on Ahad, 10 Januari 2016 | 12:12 PTG

Oleh Datuk Raja Bahrin Shah

Amerika Syarikat dan Arab Saudi adalah negara kaya yang merupakan sahabat akrab politik dengan
kepentingan bersama. Dalam usaha untuk berkuasa atau terus berkuasa, pihak tertentu di negara ini menggunakan taktik kotor berasaskan perkauman dan keagamaan.

Kebelakangan ini taktik yang sama digunakan dengan meluas di Malaysia. Adakah ini bagi kepentingan atau tujuan yang hampir sama iaitu tujuan menghalalkan cara (the end justifies the means)?

Calon presiden Amerika Syarikat daripada Parti Republikan, Donald Trump baru-baru ini mengesyorkan orang Islam diharamkan memasuki negara tersebut atas retorik ancaman keselamatan. Syor ini dilihat ramai pengkritik hanya semata-mata ingin meraih sokongan rakyat bukan Islam untuk menjadi presiden.

Islamphobia yang menekan minoriti digunakan untuk mendapat kuasa. Taktik yang sama digunakan Le Pen, calon presiden Perancis untuk menakutkan rakyat Perancis kepada ancaman pendatang dan rakyat beragama Islam di negara itu. Golongan minoriti menjadi sasaran utama bagi tujuan kuasa politik.

 Di Malaysia pula taktik sama digunakan ke atas kaum minoriti Cina yang kononnya akan menguasai politik dan ekonomi negara jika Umno tidak berkuasa.

 Isu DAP memerintah Malaysia dan insiden Plaza Low Yat serta perhimpunan baju merah adalah contoh yang amat memalukan. Orang Melayu dimomokkan dengan isu ini walaupun rakyat berbangsa Cina hanya 24% daripada keseluruhan rakyat Malaysia.

Ironinya, di sisi lain kerajaan pimpinan Barisan Nasional tanpa segan-silu bertindak menjual aset utama tenaga negara yang penting kepada China yang berideologikan komunisme - ideologi hantu yang sering dimomokkan Umnp bagi menakutkan orang Melayu.

Inilah sikap diskriminasi aneh ke atas rakyat Malaysia berbangsa Cina dengan kuasa asing berbangsa Cina demi kepentingan politik dan survival Umno/Barisan Nasional.

Dalam isu agama pula rakan politik Amerika, Arab Saudi, menggunakan isu Syiah bagi tujuan politik dan memperkukuh pengaruh serantau.

Sewaktu kebangkitan rakyat di Tunisia dan Mesir, isu ancaman minoriti Syiah dimainkan untuk mengalih pandangan daripada masalah dalaman negara. Ini merebak kepada Bahrain dan beberapa negara jiran lain. Syiah digambarkan sebagai musuh utama negara dan bukan isu rasuah dan good governance.

Paling terbaru apabila harga minyak jatuh teruk dan Arab Saudi mengadakan perbelanjaan defisit negara yang besar. Sentimen ancaman Syiah sekali lagi dibakar dengan jatuhnya hukuman mati terhadap seorang tokoh Syiah terkenal berkerakyatan Saudi bersama beberapa orang lagi yang terkorban.

Jelas, keadaan ini menimbulkan sekali lagi "hantu" Syiah untuk menakutkan rakyat dan mencetuskan krisis baru dengan negara majoriti Syiah, Iran. Sekali lagi masalah negara - ekonomi, rasuah dan good governance ditenggelamkan. Rakyat minoriti Syiah dan "musuh" luar Syiah menjadi tumpuan.

Isu Syiah juga kembali menjadi taktik yang digunakan terhadap musuh politik kerajaan Barisan Nasional. Tokoh politik yang menjadi ancaman Barisan Nasional, difitnah berfahaman Syiah oleh Umno dan juga rakan penasihatnya.

"Hantu" ini dipakejkan sekali bersama 'ancaman' Kristian dengan sasaran serangan terarah kepada DAP. Ini ditimbulkan untuk menutup masalah dalaman ekonomi negara, 1MDB, kejatuhan harga minyak dan rasuah. Agama digunakan sebagai senjata politik untuk menakutkan rakyat demi "survival" Umno dan rakan penasihatnya.

Jelas taktik pecah-perintah (divide and rule) yang dimaklumi umum sebagai cara lama penjajah untuk kekal berkuasa dan kini digunakan Umno. Perbezaan fahaman agama antara Sunni dan Syiah dimanfaatkan semahunya untuk meningkatkan populariti Datuk SeriNajib Razak yang merosot teruk.

Syabas Umno dan rakan penasihat. Kalian benar-benar belajar daripada musuh Islam untuk memburuk dan menindas sesama Islam dan kaum di Malaysia. Berbaloi mungkin jutaan ringgit wang rakyat yang dilebur untuk nasihat APCO Israel.

Persoalannya, adakah Multaqa' Alumni Al Azhar yang dihadiri Najib dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang merestui cara memecah-belah sesama Islam ini? Adakah pendekatan asabiyah dan pertentangan antara Sunni dan Syiah yang dipelopori Amerika Syarikat dan pelobi Yahudi ini direstui semua yang hadir waktu itu?

Akhbar antarabangsa, New York Times keluaran 6 Januari, 2016 juga giat berusaha melaga-lagakan antara Sunni dengan Syiah dengan lontaran kritikan terhadap Arab Saudi, dengan tujuan mengalih pandangan daripada masalah ekonomi dan rasuah dalaman mereka.

Tanpa sedar, keadaan semasa ini membahayakan keamanan seluruh masyarakat antarabangsa. Nah, adakah Umno serta penasihatnya sanggup bertanggungjawab dengan taktik politik kotor dan jijik ini?

* Datuk Raja Bahrin Shah ialah ahli Parlimen Kuala Terengganu dan pengarah Biro Antarabangsa Amanah Nasional.

Amerika Syarikat dan Arab Saudi adalah negara kaya yang merupakan sahabat akrab politik dengan kepentingan bersama. Dalam usaha untuk berkuasa atau terus berkuasa, pihak tertentu di negara ini menggunakan taktik kotor berasaskan perkauman dan keagamaan.
Kebelakangan ini taktik yang sama digunakan dengan meluas di Malaysia. Adakah ini bagi kepentingan atau tujuan yang hampir sama iaitu tujuan menghalalkan cara (the end justifies the means)?
Calon presiden Amerika Syarikat daripada Parti Republikan, Donald Trump baru-baru ini mengesyorkan orang Islam diharamkan memasuki negara tersebut atas retorik ancaman keselamatan. Syor ini dilihat ramai pengkritik hanya semata-mata ingin meraih sokongan rakyat bukan Islam untuk menjadi presiden.

Islamphobia yang menekan minoriti digunakan untuk mendapat kuasa. Taktik yang sama digunakan Le Pen, calon presiden Perancis untuk menakutkan rakyat Perancis kepada ancaman pendatang dan rakyat beragama Islam di negara itu. Golongan minoriti menjadi sasaran utama bagi tujuan kuasa politik. Di Malaysia pula taktik sama digunakan ke atas kaum minoriti Cina yang kononnya akan menguasai politik dan ekonomi negara jika Umno tidak berkuasa. Isu DAP memerintah Malaysia dan insiden Plaza Low Yat serta perhimpunan baju merah adalah contoh yang amat memalukan. Orang Melayu dimomokkan dengan isu ini walaupun rakyat berbangsa Cina hanya 24% daripada keseluruhan rakyat Malaysia.

Tanpa sedar, keadaan semasa ini membahayakan keamanan seluruh masyarakat antarabangsa. Nah, adakah Umno serta penasihatnya sanggup bertanggungjawab dengan taktik politik kotor dan jijik ini? – 9 Januari, 2016.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/manipulasi-isu-perkauman-dan-keagamaan-raja-bahrin-shah#sthash.hPdrC865.dpuf

0 ulasan:

Catat Ulasan

Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger