Lepas Subuh menoreh getah. Harga RM1.80 sekg. Bahagi 2 dengan tuan kebun. Lepas tu ke sungai
cari ikan. Lepas asar berkebun. Sebelah malam jadi pembantu kedai makan'.
Sebahagian cerita duka penoreh getah, yang melakukan berbagai kerja sejak harga getah begitu rendah.
Mereka telah lama praktikkan berbagai kerja seperti anjuran Datuk Ahmad Maslan.
Sedih dan simpati mengenang nasib rakyat. Rumah kediaman yang daif, makan bercatu/berlauk kicap atau telur semata mata. Kehidupan yang muram bagi rakyat.
Saya salute dengan kesungguhan Sulaiman@Leman Raja Lawak selaku Ketua
Amanah Parlimen Sik dan rakan2 yang pro aktif turun padang.
Dari barangan dapur hingga pakaian dan alatan ibadah; membiayai projek rumah Peduli, hingga gotong royong buat tandas dan ganti bumbung, semuanya dilakukan untuk mengurangkan derita rakyat.
Bagi masyarakat SIK, tidak ambil tau pasal IMDB, TPPA....mereka sengsara ketika ini. Tidak kira AMANAH, PAS, PKR atau UMNO, tingkatkan turun padang. Buktikan kePEDULIan kita dengan amalan dan tindakan segera.
InshaAllah, selepas program peduli rakyat 22-23 jan di SIK yang berakhir malam tadi, banyak lagi usaha yang mesti dilakukan demi membantu masyarakat luar bandar.
Moga usaha kita diberkati Allah.
AMANAH PROGRESIF PEDULI

0 ulasan:
Catat Ulasan