Pakatan Harapan perlu memberi fokus kepada pembinaan kepimpinan
generasi kedua bagi memastikan kesinambungan perjuangan politik ke arah
Malaysia yang lebih baik demikian pandangan Fareedah Samad, Pengarah
Komunikasi Wanita Amanah Nasional (Awan).
Fareedah berkata, generasi muda sekarang sudah terlalu kecewa dengan
kegagalan kerajaan Barisan Nasional (BN) meneruskan negara dan
mengharapkan kepimpinan yang lebih memahami masalah rakyat.
“Pakatan Harapan perlu melihat pembinaan kepimpinan generasi kedua sebagai satu perkara yang diberi keutamaan.
“Kita
tahu anak muda sekarang sudah terlalu kecewa dengan pencapaian kerajaan
dan kita perlu kenal pasti masalah dan bina lebih ramai kepimpinan muda
yang lebih memahami masalah dan keperitan hidup rakyat,” katanya ketika
ditemui Malaysia Dateline.
Beliau juga berkata, dengan
berlansungnya majlis menandatangani perjanjian Pakatan Harapan antara
PKR, DAP dan Amanah hari ini, Pakatan Harapan perlu memberi fokus kepada
isu rakyat berbanding perbalahan dalaman yang hanya merugikan
ketiga-tiga parti.
“Pakatan Harapan selepas ini perlu lebih
fokus kepada isu rakyat berbanding perbalahan dalaman. Kita kena
bergerak ke hadapan. Dengan keadaan negara sekarang ini semua maklum
pelbagai skandal dan salah laku Umno-BN sendiri berada di tahap
pencapaian yang paling lemah.
“Bukan sahaja kita perlu mengambil
peluang atas kelemahan Umno tetapi kita perlu membuktikan dan
meyakinkan rakyat yang kita bersedia untuk mengambil alih tampuk
pemerintahan dan permasalahan rakyat merupakan keutamaan kepada Pakatan
Harapan,” katanya.
Selain itu beliau turut mengingatkan pemimpin
Pakatan Harapan agar melupakan pergeseran lepas dan menyelesaikan
segala krisis di meja mesyuarat, bukan melalui media massa.
“Apa-apa krisis yang bakal berlaku harus diselesaikan di meja mesyuarat, bukan di media massa.
“Saya
mengharapkan pemimpin Pakatan Harapan dapat menguruskan segala konflik
di meja mesyuarat dan meminimumkan kenyataan di media massa mahupun
media baharu,” ujarnya.
PKR, DAP dan Amanah akan menandatangani
perjanjian politik yang mengandungi tujuh fasal.Ia adalah inisiatif dan
komitmen Pakatan Harapan untuk meningkatkan kerjasama dalamannya ke
tahap yang lebih tinggi, iaitu mencapai tahap ‘kesatuan politik yang
mampan’.
Awan akan menghantar lima wakil daripada wanita muda ke
Persidangan Pimpinan Paktan Harapan yang akan diadakan di Dewan
Konvensyen Shah Alam bermula hari ini.
Pakatan Harapan perlu fokus kepimpinan generasi kedua
Written By Wadah Baru on Jumaat, 8 Januari 2016 | 8:41 PG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan