Rakyat wajib bersatu tidak kira apa wadah untuk menentang BN
Written By Wadah Baru on Sabtu, 2 Januari 2016 | 12:30 PTG
Harga getah beku sebelum akhir tahun 2011 sekitar RM7 sekg. Kini, berlegar pada kadar RM2.20 Sekg, yang sudah pasti memberi kesan amat buruk kepada 300,000 pekebun kecil getah di seluruh negara. Mekanisme baharu yang di umumkan Lembaga Getah Malaysia(LGM) bagi meningkatkan harga getah sedang dinantikan.
Harga Minyak Sawit Mentah(MSM) juga tidak stabil meskipun tidak seburuk harga getah. Keluhan pekebun Sawit termasuk peneroka Felda sudah sekian lama. Hutang/Kos Tanam Semula yang mencecah RM100,000, projek perumahan Generasi Baharu Felda yang terbengkalai di sana sini dan isu Kadar Perahan Gred(KPG) menambah sengsara peneroka.
Saham FGV menutup tirai 2015 pada harga RM1.71, gambaran buruk dijangka berterusan untuk tahun 2016. Alasan suasana ekonomi global sekali lagi di gunakan oleh pengurusan FGV dan Kerajaan. Sukarnya berbicara dengan ' Kerajaan bebal', kerana sebelum penyenaraian lagi telah diperingatkan acap kali oleh pakar pakar ekonomi mengenai risiko penyenaraian. Konvensyen, Forum, himpunan Oren, Serahan memo hingga ke Istana Negara dan bersiri tindakan Mahkamah dilakukan. Semua cadangan dan pandangan disanggah; mengapa tidak mahu mengakui kesilapan dan kegagalan sendiri?
Hakikatnya, Kerajaan melalui Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi begitu lemah. Hingga ke hari ini, mahu mengadakan pertemuan dengan menterinya, Datuk Douglas Uggah Embas pun masih gagal walau dicuba berkali kali.
Barangkali buat demo besar besaran depan pejabat menteri di Putrajaya dan dilonggokkan Buah Tandan Segar Sawit(BTS) serta getah beku baru faham bahasa!
Hakikatnya, hidup rakyat yang begitu tertekan pada 2015, dijangka erlanjutan parahnya tahun 2016. Keluhan ibubapa menyediakan kelengkapan persekolahan dan bayaran yuran bagi sesi baru persekolahan bermula 3/4 Januari 2016 ini sudah bertukar kepada amarah yang tidak dapat ditahan lagi. Ada menteri macam tiada otak bila bercakap. Rakyat bekerja siang malam, ikat perut demi berjimat....apa lagi yang Ahmad Maslan mau???
Justeru, apa pun situasinya bagi tahun 2016, rakyat wajib bersatu tidak kira apa wadah untuk menentang BN. Tiada kompromi mengenainya. Konsep Amar Maaruf Nahi Mungkar dan Istiqomah menentang kezaliman BN menjadi perjuangan kita semua.
Biro Tanah & Luar Bandar Parti Amanah Negara sedang menyiapkan Plan Strategik demi pembelaan buat masyarakat Pekebun Kecil, Peneroka Felda, Peneroka Bandar, Orang Asal dan penduduk di Sabah Sarawak. Ia akan di umumkan hujung Januari ini mengambil kira berbagai pandangan dan indikator semasa.
Moga usaha kita diberkati Allah. Kepada Mu Ya Allah, hamba Mu memohon pertolongan.
AMANAH PROGRESIF PEDULI
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2016
Mazlan Aliman
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan