Home » , » Tahniah Lim Guan Eng dan Yb Nasaruddin Tantawi

Tahniah Lim Guan Eng dan Yb Nasaruddin Tantawi

Written By Wadah Baru on Isnin, 18 Januari 2016 | 3:11 PTG


1.Dilaporkan kes saman fitnah oleh Ketua Menteri Pulai Pinang , YAB Lim Guan Eng ( LGE ) ke
atas Ahli Parlimen PAS Temerloh, YB Nasaruddin Tantawi berjaya diselesaikan secara baik di Mahkamah apabila Ahli Parlimen Temerloh itu menarik balik tuduhan tanpa asas beliau ke atas LGE.

2. Dilaporkan YB Temerloh diperintahkan membayar kos sebanyak RM 10 ribu ke atas LGE.

3. KANUN mengucapkan tahniah kepada saudara LGE kerana dapat menebus balik namanya yang dikotori oleh satu dakwaan yang terbukti tidak berasas. Alangkah eloknya jika sahabat saya, Yb Temerloh dari awal awal lagi tidak bercakap mengenai isu tersebut dalam keadaan beliau tidak ada bukti bagi membuktikan dakwaannya.

4. Apapun KANUN juga ingin mengucapkan tahniah ke atas YB Temerloh yang akhirnya sudi menarik balik kenyataan beliau yang tidak benar itu ke atas LGE apabila ditunjukkan bukti sebenar oleh LGE.

Sepatutnya Al-bayyinah ( keterangan bukti ) dikemukakan oleh pihak yang menuduh bukan pihak yang kena tuduh.

5.Bagi KANUN, sikap mengaku kesilapan bila didedahkan dengan kebenaran sebenar adalah satu sikap terpuji oleh mana mana orang sekalipun. Dalam hal ini sikap YB Temerloh bolehlah dipuji juga.


MOHAMED HANIPA MAIDIN
PENGERUSI KANUN ( BIRO UNDANG UNDANG PARTI AMANAH NEGARA )

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger