Hormat semua. Sesuatu isu atau perkara yang berlaku kepada orang politik sukar untuk dinyahkan
atau dimatikan. Ia macam gamat yang mempunyai seribu nyawa. Gamat walaupun dikerat 38 tetapi bila sebahagiannya di lempar ke dalam laut ia boleh bercantum dan hidup semula.
Begitu juga dengan isu politik. Saya melihat kepada penyelesaian isu saman oleh Lim Guan Eng terhadap Nasaruddin Hassan. Mahkamah sudah menyelesaiakan kes itu secara (mediasi) dalam kamar, dan kedua pihak sudah bersetuju dengan penyelesaian itu. Perbicaraan tidak diteruskan, apabila Nasaruddin bersetuju menarik tarik sebahagian tulisannya yang dianggap fitnah oleh Guan Eng.
Guan Eng juga
setuju dan mahkamah memerintahkan Nasaruddin bayar kos RM10,000. Tetapi
yang peleknya di bawah sana isu itu masih hidup. Macam-macam yang
didengar, kononnya Nasaruddin tidak minta maaf, dan ada yang anggap MP
Temerloh itu berpendirian dan masih dianggap sebagai hero.
Sebaliknya ada pula yang menempelak Nasaruddin yang mulanya bersungguh dan sedia hadapi saman, tetapi akhirnya "tarik balik". Tindakan itu dianggap sebagai pengecut.
Kenapa berlaku demikian. Sepatutnya bila kes itu sudah selesai walaupun dengan ada cara sekali pun semua pihak kena terima dengan baik.
Tidak payahlah membuat berbagai-bagai tafsiran untuk mengejek sesiapa. Sampai bila dunia politik mahu jadi macam gamat? Trims.

0 ulasan:
Catat Ulasan