Home » , » Najib Perlu Melepaskan Jawatannya

Najib Perlu Melepaskan Jawatannya

Written By Wadah Baru on Selasa, 15 Mac 2016 | 2:24 PTG

Oleh DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR

1. Perlucutan Tun M sebagai Penasihat Petronas tidaklah mengejutkan. Ini sudah dijangka atas sifat
dan amalan politik bebal, panas baran dan degil PM dan pimpinan kerajaan yang memiliki OTAK SELUT dalam membuat keputusan. Perlucutan Tun M tidak membantu menyelesai atau mengurang masalah yang sedang dihadapi negara dan rakyat yang berpunca daripada kedegilan seorang iaitu PM Najib.

2. Yang melucukan ialah alasan perlucutan hanya berkisar pada Deklarasi Rakyat Selamatkan Malaysia yang diusaha dan digerakkan oleh Tun M dianggap oleh Kabinet yang diPengerusikan oleh Najib sebagai hendak menjatuhkan kerajaan secara yang bertentangan dengan undang-undang dan perlembagaan. Tun M dianggap tidak lagi mendokong kerajaan.

3. Saya hairan bagaimana ketetapan Deklarasi Rakyat yang bersetuju penyingkiran Najib sebagai PM Malaysia menerusi saluran damai dan mengikut saluran undang-undang yang dibenarkan dianggap bertentangan dengan undang-undang dan perlembagaan negara? Adakah dengan Najib sendiri melepaskan jawatan atau undi tidak percaya di kalangan Ahli Dewan Rakyat atau tuntutan desakan serta rayuan daripada rakyat untuk Najib melepaskan jawatan dianggap menyalahi undang-undang negara?

4. Apakah peristiwa penyingkiran Mukhriz sebagai MB Kedah dengan akuan bersumpah yang dipaksa ke atas Adun Umno Bn mengikut saluran undang-undang? Apakah Peguam Negara memberikan tafsiran ini kepada kabinet yang akhirnya menghasilkan keputusan melucutkan Tun M?

Keputusan Kabinet melucutkan Tun M dengan alasan yang tersebut menunjukan PEMIKIRAN OTAK SELUT pemimpin Umno Bn. Bukankah Tun M sendiri pernah meletakkan jawatan? Begitu juga Tun Abdullah melepaskan jawatan selepas diminta dan didesak oleh banyak pihak untuk beliau melepaskan jawatan PM kerana kelemahan dan kegagalan beliau mentadbir negara?

5. Kini, kepimpinan Najib lebih buruk daripada Pak Lah. Kerosakan kepada negara dan kehidupan rakyat dengan salah guna kuasa, rasuah, 1MDB, GST dan sebagainya telah sampai pada tahap yang kritikal. Keputusan Kabinet hanya atas asas "Demi Najib" dan terus mempertahankan kepentingan seseorang bukannya demi negara dan rakyat. Jika mereka berjuang atas dasar demi negara dan rakyat sewajarnya anggota kabinet bersama Deklarasi Rakyat Selamatkan Malaysia sekaligus meminta Najib melepaskan jawatan PM. Menyingkir dan Meminta Najib melepaskan jawatan bukannya menggulingkan kerajaan. Deklarasi Rakyat tersebut bertujuan untuk memperbetulkan kerajaan dan mengembalikan Malaysia pada landasan yang sebenar.

6. Deklarasi Rakyat Selamatkan Malaysia ialah sebahagian daripada langkah memertabatkan kuasa rakyat yang yang telah disalahguna oleh kepimpinan kerajaan BN selepas mandat yang diperolehi. Langkah ini tidak melanggar mana-mana undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.

6. Sebaliknya, salah guna kuasa, rasuah, 1MDB, RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Najib, RM42 juta daripada SRC ke dalam akaun peribadi Najib dan sebagainya oleh Najib dan kepimpinan negara adalah melanggar undang-undang dan perlembagaan Malaysia. Deklarasi Rakyat Selamatkan Malaysia hanya bertentangan dengan nafsu politik Najib dan kepimpinan Umno Bn. Perlucutan Tun M sebagai Penasihat Petronas membenarkan dan membuktikan lagi tuntutan Deklarasi Rakyat Selamatkan Malaysia yang Najib perlu melepaskan jawatan PM.

‪#‎UndurNajib‬
‪#‎SelamatkanMalaysia‬
DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger