Home » , » Tiga hadis Disalah Tafsir Oleh PAS Untuk menghalang Ahli Meninggalkan Parti

Tiga hadis Disalah Tafsir Oleh PAS Untuk menghalang Ahli Meninggalkan Parti

Written By Wadah Baru on Sabtu, 16 Januari 2016 | 2:02 PTG

1.Hadis
من اتاكم وامركم جميع على رجل واحد، يريد ان يشق عصاكم او تفرق جماعتكم فاقتلوه - رواه مسلم
(Sesiapa di kalangan kamu, sedangkan kamu telah sepakat urusan kamu atas seorang lelaki (yakni melantik sbg khalifah), dia ingin mematahkan tongkat kamu, atau menghancurkan jamaah kamu, maka bunuh lah dia)
Hadis ini diletak oleh ulama hadis dlm bab Imamah dan Khilafah, iaitu perihal bila dilantik dua orang khalifah dlm satu masa, maka perlantikan yg kedua hendaklah dibatalkan/diperangi.)

2. Hadis
من فارق الجماعة قيد شبر فقد خلع عنقه من ربقة الاسلام
 (Sesiapa yg keluar jamaah islam wpun sejengkal maka dia telah melucutkan ikatan islam drp tengkoknya.)

Hadis ini adalah merujuk kpd sesiapa yg keluar drp jamaah umat islam dlm sebuah kerajaan Islam yg berdaulat dgn menentang ajaran dan hukum islam yg sedang dilaksanakan dlm negara tersebut, maka terbatallah aqidahnya

3. Hadis
من فارق الجماعة فمات ، مات ميتة جاهلية
(Sesiapa yg keluar dr jamaah orang Islam, kemudian dia mati, maka matinya spt mati jahiliah)

Ibn Hajar al asqalani ketika mentafsirkan hadis ini mengatakan maksudnya sesiapa yg tidak berada atau tunduk kpd sebuah kerajaan islam, sekiranya dia mati,  matinya spt mati ummat di zaman jahiliah yg tidak ada kerajaan, hidup terasing sendiri2 spt nomad, tidak ada kerajaan, hidup ikut kelompok masing2.

Pas tidak boleh dianggap sbg "Jamaah Orang Islam" kerana:
1. Ianya tidak mewakili atau dianggotai oleh keseluruhan ummat Islam.

2. Keahliannya sendiri bebas dan terbuka, boleh masuk dan boleh keluar serta boleh dipecat bila2 masa.

3. Pas tidak ada kuasa untuk menjatuhkan hukuman keatas sesiapa yg keluar drp jamaahnya, nak jatuh hukuman bunuh kerana murtad guana?

4. Jika keluar Pas dianggap murtad/haram, maka tak masuk Pas pun murtad/haram, adakah Pas merasakan keluar shj yg tidak dibolehkan mengikut hukum syarak, tetapi tak masuk Pas spt dok dlm umno diharuskan?

Parti hanyalah alat kpd perjuangan, kita wajib berjuang menegakkan Islam, namun uslub dan kaedah yg nak digunakan adalah tertakluk kpd maslahah dan persekitaran semasa, bukannya tetap kpd satu alat shj sepanjang masa.

Perjuangan menegakkan Islam diwajjbkan secara nas, namun bagaimana cara nak berjuang Islam adalah perkara ijtihadi, tertakluk kpd maslahat dan kesesuaian semasa.

Che Ibrahim Mohamed
Naib Pengerusi 2
Amanah Kelantan

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger