Pemerhati
politik berpendapat kepimpinan tertinggi PAS perlu menyatakan secara
jelas mengenai
hala tuju parti itu terutamanya kedudukan dalam Pakatan
Rakyat supaya haluan mereka lebih difahami.
Mereka
mempersoalkan mengenai perkara itu ekoran wujudnya perbalahan antara
PAS dengan parti komponen dalam Pakatan dan pada masa yang sama parti
Islam itu masih mahu berada dalam gabungan pembangkang itu, lapor akhbar
Sinar Harian hari ini.
"PAS kena nyatakan
dasarnya... hala tujunya ke mana. Sebab sekarang ini tidak jelas. Nampak
macam ada perbalahan dengan rakan dalam Pakatan tapi dalam masa yang
sama nampak bersama-sama dengan Pakatan untuk menyumbang dan sebagainya.
"Jadi
sekarang ini apa sebenarnya hala tuju PAS selepas PRU-13 dan menuju ke
PRU-14 nanti,” kata Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa
Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani dipetik.
Dalam
laporan itu menyebut, Mohd Azizuddin berkata terdapat tiga pilihan
untuk PAS ambil bagi menjelaskan pendirian mereka iaiatu sama ada
bekerjasama dengan BN, supaya BN boleh dimantapkan atau bersama dengan
Pakatan dan menegaskan menolak Umno.
"Ataupun PAS
mahu ambil jalan ketiga iaitu tidak memilih kedua-duanya (dengan)
menjadi parti yang bergerak sendiri tanpa dalam PR dan juga tanpa dalam
BN," Azizuddin lagi.
Laporan itu juga memetik
Penganalis Geopolitik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr
Mohd Fuad Mat Jali bersetuju dengan Mohd Azizuddin dan menegaskan
teka-teki PAS hanya boleh dijawab parti tersebut.
'Pakatan longgar'
“Saya
rasa masalah PAS untuk kembali bersama Umno atau Umno bersama PAS ini
adalah sesuatu yang hanya PAS sahaja boleh jawab. Kerana akhirnya, kalau
kita lihat, Pakatan ini adalah satu pakatan yang bukan lemah tapi
longgar. Mereka tidak ada ikatan yang kukuh.
"Sebab
itu kita lihat mereka tidak boleh ada manifesto yang mantap. Saya kira,
PKR dan DAP ini memerlukan undi PAS terutama di kawasan-kawasan Melayu.
"Masalahnya sekarang ini, prinsip dan ideologi PAS tidak selari dengan PKR dan DAP,” Mohd Fuad dilaporkan sebagai berkata.
Dalam
laporan itu juga, beliau berkata dalam PAS masih ada kelompok yang
tidak mahu bekerjasama dengan Umno, namun sebahagiannya masih ada ruang
untuk bersatu dengan Umno.
Mengulas mengenai
kerjasama PAS dan Umno di Kelantan, beliau "tidak fikir kerjasama
Umno-PAS itu boleh pergi lebih daripada itu sehingga kembali kepada
Umno."
"Sebab apa, dalam PAS itu ada puak-puak yang
tertentu. Khususnya puak yang dipimpin bawah Datuk Nik Abdul Aziz Nik
Mat yang masih kuat lagi penyatuan ini. Tapi, akhirnya ia terpulang
kembali kepada pemimpin PAS,” Mohd Daud dalam laporan itu.
Beliau
berpendapat apa yang berlaku di Kelantan ketika ini, PAS mengambil
pendekatan menerima bantuan daripada sesiapa sahaja yang boleh
membantunya
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan