Home » , » ADUN PAS Kedah sertai AMANAH?

ADUN PAS Kedah sertai AMANAH?

Written By Wadah Baru on Selasa, 17 Mei 2016 | 4:33 PTG

PETALING JAYA: Dua ADUN PAS Kedah dijangka berkemungkinan meninggalkan parti Islam itu dan menyertai parti AMANAH.

Perkara itu ditegaskan oleh Timbalan Pengerusi AMANAH Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi berdasarkan pendekatan dua pemimpin tersebut yang dilihat lebih menyokong perjuangan AMANAH dan berbeza pendapat dengan perjuangan PAS ketika ini.

Katanya, dua ADUN yang dimasukkan ialah ADUN Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa dan juga ADUN Anak Bukit, Datuk Amiruddin Hamzah.

“Setakat ini hanya dua ADUN sahaja yang ada pemikiran dan latar belakang yang memungkinkan mereka menyertai AMANAH. Lebih-lebih lagi pendekatan dan gaya kepimpinan yang dibawa PAS tidak sesuai untuk golongan profesional seperti Datuk Amiruddin dan Mohd Nasir.

“Bagaimanapun, mereka masih lagi ahli PAS dan belum membuat sebarang keputusan rasmi menyertai AMANAH,” katanya

Dalam pada itu, beliau juga tidak menolak keputusan dua pemimpin meninggalkan PAS pasti akan memberi kesan kepada PAS Kedah.

“Ini kerana Datuk Amiruddin dan Mohd Nasir antara pemimpin kanan parti dan memegang beberapa jawatan,” tambahnya lagi.

Khabar angin bertiup kencang kononnya dua ADUN PAS negeri Jelapang Padi itu akan menyertai AMANAH, khususnya selepas Amiruddin meletak jawatan sebagai Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Kedah manakalah Mohd Nasir pula meletak jawatan sebagai Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Kedah.

Tambah Phahrolrazi sehingga kini hanya dua ADUN itu sahaja dilihat berpotensi menyertai AMANAH, manakala ADUN PAS Kedah yang lain masih setia dengan perjuangan parti itu.

Sebelum ini, Pengerusi AMANAH Kelantan Datuk Wan Rahim Wan Abdullah juga pernah berkata sekurang-kurangnya 10 ADUN PAS Kelantan akan menyertai AMANAH namun apabila ia tidak berlaku, beliau tampil membetulkan kenyataannya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger